4 Trik Hindari Pertengkaran Dalam Hubungan

Spices Of Heart/

4 Trik Hindari Pertengkaran Dalam Hubungan|Sedangkan lidah lagi tergigit,apatah lagi hubungan kasih sayang.Seerat mana pun hubungan dijalin,namun langit bukan selalu cerah.Kadangkala awan mendung pasti berarak menggelapkan dua hati yang bersama membuat emosi dan fikiran jadi tak terkawal.Lalu timbul pula rasa tidak puas hati dan amarah hingga terjadinya pertengkaran.

Pertengkaran-pertengkaran dalam hubungan bakal memberi kesan yang tidak di inginkan.Ikatan kasih tentu makin longgar,jalinan cinta pasti kan terurai jika tidak diatasi segera.

Memangnya pertengkaran dalam hubungan sesuatu yang wajar tetapi sebaiknya ia dihindari untuk memastikan hubungan yang dibina berjalan lancar dan harmoni.

Setiapkali bibit-bibit pertengkaran mahu terjadi,ada beberapa trik yang boleh dilakukan untuk menghindarinya dari terus menekan.Antara trik-trik tersebut adalah seperti berikut ini..


Luahkan Masalah Dan Rasa Tidak Puas Hati
-Jika ingin menghindari pertengkaran,usah biarkan setiap masalah mahu pun rasa tidak puas hati bertumpuk dihati dan fikiran.Carilah cara terbaik meluahkannya.Seeloknya,pilihlah waktu yang tepat dan cubalah dalam keadaan tenang bicarakan dengan pasangan samada masalah kecil mahupun besar.Kawallah emosi saat tersebut dan bersama-samalah menghuraikan dan menyelesaikan masalah yang ada demi untuk kekuatan cinta anda berdua.

Hindari Kebiasaan Negatif
-Berusahalah menghindari apa saja kebiasaan-kebiasaan mahu pun sikap negatif yang boleh mengganggu kelancaran hubungan.Misalnya tabiat si isteri yang suka membebel bila si suami tidak menolongnya melakukan tugas rumahtangga dan hanya suka menghabiskan waktu diluar rumah bersama kawan-kawan.Carilah solusi yang tepat dan konsisten,contohnya si suami boleh membantu isteri menyelesaikan dulu tugas rumahtangga kemudian bolehlah keluar menjalankan aktiviti bersama kawan-kawannya.Hal-hal kecil sebegini pasti boleh diatasi dengan menerapkan persefahaman dan kata sepakat antara satu sama lain.

Guna Masa Luang Untuk Mengeratkan Keintiman
-Tekanan tugas dipejabat,stres dan kepenatan bekerja kadangkala boleh membuatkan hubungan merenggang dan mula timbulnya hal-hal yang boleh menyebabkan pertengkaran.Sekalipun sibuk dengan tugas seharian,tetapi hubungan anda berdua tidak harus dibiarkan saja.Carilah dan gunakan waktu luang yang ada untuk mengeratkan keintiman antara satu sama lain.Misalnya waktu tengah malam ketika bersiap-siap untuk tidur boleh digunakan sebagai waktu tepat untuk anda berdua berdua-duaan,berbicara,saling sentuh menyentuh dan bercinta demi menambah eratkan perasaan kasih dan sayang yang ada.

Bersihkan Fikiran,Hati Dan Perasaan
-Syak wasangka dan cemburu buta sering menjadi punca berlakunya pertengkaran dalam hubungan.Salah satu cara terbaik menghindarinya adalah dengan menetapkan hati dan perasaan kepada sesuatu yang positif dan hindarilah fikiran dari prasangka-prasangka negatif terhadap pasangan.Misalnya jika pasangan sesekali pulang agak lambat dari kebiasaan,usahlah terus berfikir yang bukan-bukan,mungkin hari tu pasangan ada kerja penting yang harus diselesaikannya segera.Ingatlah,tiada apa kebaikan pun jika terjadinya pertengkaran hanya kerana anda berprasangka buruk.Pertengkaran hanya membuat diri masing-masing dilanda tekanan dan perasaan tidak tenteram.Cubalah sepositif yang dapat menghindarinya agar hubungan anda dan pasangan tetap harmoni dan berjalan lancar.


Semoga sedikit trik sederhana ini dapat memberikan manfaat buat semua.
Sekian.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki