Spices Of Heart/

Dari Mata Cinta
dari mana datangnya cinta
dari mata turun ke hati
telah ku lihat pesona dirimu
anugerah terindah Maha Pencipta
bukan keinginan gelojoh nafsu
tapi naluri memotivasi diri
mampukah ku luahkan cinta
mampukah ku ucapkan kasih
dengan kata orang biasa
atau perlu ku kembarai rasa
menuju rindumu
dipuncak singgahsana

dari mana datangnya asmara
dari naluri turun ke jiwa
telah ku singkirkan sepi yang tersisa
dari kesendirian berabad lama
datanglah engkau wahai tercinta
dengan senyuman bibir yang manis
ingin ku kucup seikhlas mahu
biar berdetik nadi rasamu
biar bergetar saraf rindu
menuju ke ubun-ubun

lihatlah aku yang masih merangkak
di merah tanah diwarnai luka
aku pernah dipersia
oleh cinta yang berdusta
namun jiwalara bukan penentu
matinya rasa naluri jiwa
aku dambakan mu
hingga bila pun
izinkanlah aku sesekali terpaku
menatapi sinar matamu
walau dalam tidur

demi mata cinta
aku takkan buta
melihatmu dimana ada
tiap masa tiap ketika
dalam jaga dalam lena.

Ulasan

  1. Kunjungan perdana sob, sambil baca2 untuk menambah wawasan. oh iya link nya sudah terpasang. silahkan link balik jika berkenan. terima kasih

    BalasPadam
  2. saya dah tukar link dengan blog anda.Sila link juga blog saya:)
    Sila letakkan One Fine Day @ Wanville

    BalasPadam
  3. berkunjung lagi sob, sambil baca-baca

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet