5 Kategori Cinta

Spices Of Heart/


5 kategori cinta|Tidak dinafikan perasaan cinta itu kadang-kadang datang tanpa diminta dan secara tak sengaja.Malah setiap orang tak kira usia,rupa,keturunan,agama,bangsa,pangkat mahupun darjat berhak untuk dicintai dan meyintai.

Setiap orang berhak jatuh cinta kepada seseorang yang disukainya tetapi sedarkah kita atas dasar apakah perasaan cinta kita kepada seseorang atau kerana apakah seseorang itu meyintai kita?Memang mudah melafazkan cinta namun sedarkah kita,mengertikah kita atas dasar apa cinta itu kita rasakan?atau kerana apa ia muncul dan menguasai perasaan dan hati kita?

Oleh kerana cinta itu sesuatu yang unik,maka cinta itu sendiri boleh dikategorikan kepada berbagai-bagai jenis.Dibawah ini dinyatakan beberapa kategori cinta sekadar buat renungan untuk kita semua semoga kita akan lebih bijak dalam menilai dan seterusnya menentukan arah juga tujuan cinta yang kita rasakan...

1)Cinta Segera -Cinta segera biasanya cinta yang hadir ketika pertama kali bersua atau mengenali seseorang yang memiliki rupa atau gaya yang kita minat dan sukai. Cinta dalam kategori ini lebih kepada cinta yang bersifat luaran semata-mata dan sering juga digelar sebagai cinta biasan atau cinta pandang pertama.

(2)Cinta Psycho
-Sifat orang yang dalam kategori cinta ini biasanya amat sensitif,memiliki perasaan cemburu yang kuat dan berlebihan.Setiap masa dan ketika mesti ingin bersama dan berada disamping orang yang dicintainya.Begitu juga dengan dirinya yang sentiasa mahu kan perhatian.

3)Cinta Mainan
-Orang yang dalam kategori cinta ini biasanya digelar playboy atau playgirl.Ini kerana lafaz cinta dan perasaan yang di war-warkan tak lebih dari mainan dan kepura-puraan semata-mata.Cinta yang diluahkan hanyalah demi kepentingan diri sendiri misalnya mahukan wang,harta dan sebagainya dari orang yang dijadikan mangsa mainannya.

4)Cinta Dari Persahabatan
-Apabila dua individu yang bersahabat saling memahami antara satu sama lain,lama kelamaan akan timbul perasaan yang lebih dari sahabat iaitu perasaan saling menyayangi dan tidak selesa atau takut bila berjauhan.Inilah yang dikatakan cinta dari persahabatan.Cinta yang lahir dari persefahaman dan saling mengerti antara dua individu yang telah mengenali,memahami dan memaklumi sikap,perangai juga perasaan antara satu sama lain.

5)Cinta Buta
-Orang yang tergolong dalam kategori cinta buta biasanya sanggup melakukan apa saja asal tercapai hajat dan dapat memiliki orang yang disayanginya.Sanggup bergolok bergadai,susah,sengsara dan merana demi cinta yang dipertaruhkannya tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling misalnya keluarga.Apa yang penting,segalanya hanyalah untuk orang yang dicintai dan dimahukannya.


Demikianlah beberapa kategori cinta yang dapat dinyatakan sekadar dijadikan renungan,semoga akan lebih membuka hati dan minda mereka yang sedang bercinta,yang baru putus cinta,yang ingin membina cinta juga yang sedang mencari-cari cinta.

Sekian.Terima kasih.

Ulasan

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki