5 Jenis Cinta Harus Dihindari

Spices Of Heart/


5 Jenis Cinta Harus Dihindari|Kadangkala cinta itu hadir tanpa diminta juga dipaksa.Malah kita boleh jatuh cinta tanpa kita sedari tanpa kita sengaja.Ya,jatuh cinta memang asyik,diri ibarat di awan-awangan tetapi jika cinta itu hadir pada waktu atau keadaan yang salah,lalu apakah cinta itu yang perlu dipertanggungjawabkan atau harus dipersalahkan?

Atau kita yang seharusnya menilai sejauh mana cinta yang kita rasakan itu dan mengambil langkah tepat menjauhinya agar tidak berlaku sebarang kekusutan dan masalah yang mungkin bakal hadir...

Dibawah ini saya senaraikan sebanyak 5 jenis cinta yang seharusnya kita hindari demi untuk kebaikan diri kita juga orang-orang yang kita sayangi.

1-Anda menyintainya sedangkan diri telah terikat Saat membuat keputusan apalagi soal cinta dan hubungan memerlukan penelitian yang tepat.Mengambil risiko dengan meninggalkan apa yang anda miliki hari ini boleh jadi satu pilihan yang terbaik,tetapi besar kemungkinan juga akan menjadi pilihan yang terburuk.Ianya tergantung kepada keadaan hubungan anda yang sedia ada.Jika anda menyintai orang lain sedangkan anda telah terikat dengan seseorang, itu merupakan 'warning sign' bahawa ada sesuatu yang tidak menyenangkan dalam diri anda terhadap hubungan anda yang sedia terjalin. Pepatah mengatakan,hari ini adalah anugerah dan hari esok suatu misteri barangkali perlu diambil kira sewajarnya.Sebaik-baiknya teliti dan fahamilah setiap kekurangan juga setiap kebaikan dalam hubungan anda bersama pasangan dan bersikaplah dengan jujur.

2-Anda menyintainya dan segera berkahwin
Cinta sebenarnya boleh juga diibaratkan sebagai raja segala racun.Saat kita melihat orang yang benar-benar kita sukai,tubuh kita akan mengeluarkan hormon kebahagiaan yang mana biasanya akan memacu kita tersasar jauh dari pertimbangan yang wajar.
Pada pandangan kasar cinta seperti ini nampak bagai sesuatu yang amat romantik seolah-olah anda 'the luckiest person in the world' yang dikurniakan orang yang tepat tanpa melalui dugaan dan cabaran dalam cinta.Namun,benarkah ia memang romantik atau sekadar satu kegilaan semata-mata?
Orang yang baru saja jatuh cinta lalu mengambil keputusan untuk segera berkahwin sebenarnya mereka yang takut menempuh dugaan cinta dan takut akan kehilangan pasangannya.Sesetengah orang juga takut untuk menjalani hubungan biasa dan mencari jalan penyelesaian dengan perkahwinan.Tetapi perkahwinan itu bukan ibarat cinta yang bermula dari mata,meresap naik ke minda dan turun ke hati.Setiap pasangan sebenarnya memerlukan asas yang kuat untuk hidup bersama menempuhi suka duka alam rumahtangga.

3-Anda menyintai si dia yang memiliki sikap sampingan yang buruk
Bila rasa cinta menguasai jiwa,kita kadangkala sukar menerima sesuatu yang tidak baik pada orang yang dicintai.Walaupun nampak dan tahu,kita selalunya secara tak sedar menafikannya semata-mata kerana cinta yang mahu dipertahankan sedangkan diri sendiri sebenarnya menanggung akibat dan kesannya.Misalnya anda seorang gadis yang memiliki kekasih yang punya sikap panas baran yang kadangkala sukar dikawal sehingga anda yang menjadi mangsa untuk si dia melampiaskan amarahnya.Memanglah cinta itu sesetengahnya perlukan pergorbanan tetapi sebelum berkorban kerana cinta,seharusnya kepentingan dan keperluan diri sendiri perlu diutamakan terlebih dulu.Kenali perasaan anda ,pilihan ditangan sendiri.Menyintai pasangan yang sedemikian adalah cinta yang berisiko.

4-Anda menyintai si dia yang jauh
Kata pujangga..cinta tak semestinya bersatu,tetapi jika tidak dapat bersatu dan bersama,untuk apa cinta itu diperjuangkan?Untuk apa bercinta andai sekadar mengecap bahagia di awan-awangan tanpa kepastian.Sedangkan kita punya pilihan untuk tetap berpijak dibumi yang nyata.Antara fantasi dan realiti banyak bezanya.Seindah mana pun fantasi namun hanya di fikiran saja,tetapi walau realiti itu kadangkala teramat menyakitkan namun ianya bakal mematangkan jiwa.Jika benar cinta yang ada dan ikatan jauh yang ingin dibina tulus dan ikhlas,seeloknya ambillah tindakan untuk bersama.Cinta jarak jauh terlalu banyak kekurangan dan kelemahannya.Jangan sampai keinginan perasaan yang dituruti berakhir dengan penyesalan dan kekecewaan.

5-Anda menyintainya sedangkan si dia milik orang
Jatuh cinta dan menyintai seseorang yang sudah berpunya tidak salah apatah cinta itu tidak bermata dan tiada mengenal apa.Tetapi... kita yang menjunjung cinta itu harus melihat,mendengar,merasa,berfikir dan sedar.Mengambil hak orang lain bukan sesuatu yang mulia malah kelakuan yang hina.Kata orang tua,kalau ingin menanam bunga,jangan ditanam di taman orang,takut bunga tumbuh terhalang,gugur layu tak sempat berkembang.
Seharusnya,si dia yang mengiyakan cinta anda bersikap lebih jujur,samada meninggalkan pasangannya sebelum bersama anda,atau pun anda yang bertindak tidak meneruskan hubungan bersamanya.Memanglah akan ada kekecewaan dan kesedihan,namun tiap perpisahan tak mungkin terpisah dari semua itu.Lebih baik kecewa dulu daripada menanggung sesal di kemudian hari.

Ulasan

  1. yang ke 5 tu paling takut...sebenarnya cinta ini seharusnya diterima apa adanya kan?

    BalasPadam
  2. @yatie
    ada betulnya tp jika sedar cinta itu lebih membawa keperitan dr kebahagiaan,selagi kita mampu menghindarinya jd seharusnya kita terus berjuang bkn sekadar berserah pd keadaan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet