3 Amalan Mudah Buat Isteri Lebih Ghairah
3 Amalan Mudah Buat Isteri Lebih Ghairah|Berlalunya 2011 pastinya banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam kehidupan kita.Semoga 2012 yang masih panjang untuk dilalui akan membawa sejuta kemanisan dan kebahagiaan hidup buat kita semua.
Begitu juga kehidupan suami isteri yang menempuhi suka duka alam rumahtangga bersama-sama.Apakah kehidupan di tahun 2011 cukup baik untuk dijadikan sandaran melalui tahun 2012 dengan harmoni dan bahagia?
Tidak terkecuali kehidupan seks yang telah dilalui selama ini.Apakah telah cukup memuaskan dan memberikan kenikmatan kepada diri masing-masing.Atau apakah ada yang boleh dipertingkatkan demi kehidupan seks suami isteri yang membahagiakan tiada tara tiada bandingannya?
Oleh kerana seks merupakan salah satu elemen terpenting yang memicu kepada rumahtangga yang harmoni,aman dan bahagia,apakata kita tekadkan hati menempuhi tahun 2012 ini dengan memberikan seks yang terbaik buat pasangan masing-masing.
Dan kepada para suami di luar sana,kali ini saya ada sedikit tips yang mungkin berguna demi memberikan seks yang memuaskan kepada isteri.3 amalan yang secara peribadinya bagi saya sendiri cukup mudah untuk dilakukan agar isteri anda akan lebih berghairah dan 'turn on' ketika di ranjang.
3 amalan yang saya maksudkan adalah seperti dibawah..
Tidak Menutup Mulut
-Entah kerana ego atau kerana malu,kebanyakan lelaki memang sukar mengekspresikan kenikmatan yang dirasakan ketika melakukan seks.Jika wanita boleh mendesah,mengerang mahu pun menjerit ketika diresapi keghairahan dan keasyikan asmara,kenapa kebanyakan lelaki lebih suka mengawal diri dan menutup mulut walaupun ternyata memang merasakan kenikmatan.Fikirkanlah...jika anda boleh bersemangat dan lebih berghairah mendengar desahan dan erangan isteri,apa pula jadinya jika isteri mendengar desahan dan ekspresi kenikmatan dari anda?Tentunya si isteri juga akan lebih on dan berghairah kan..
Tidak Melupakan Foreplay
-Kebanyakan lelaki kadangkala terlalu mementingkan keinginan sendiri hingga sering melupakan foreplay(aksi pemanasan) sedangkan ianya merupakan tunjang penting dalam permainan seks yang mengasyikan.Sesuai dengan sifat kelembutan wanita,mereka juga perlukan belaian mesra,sentuhan ringan terlebih dulu sebelum menyerahkan diri ke aksi yang lebih panas.
Menjaga Kebersihan Diri
-Sedar atau tidak,kebersihan diri lelaki menjadi faktor penting buat wanita lebih 'turn on' untuk aksi asmara.Oleh itu menjaga kebersihan diri seperti menghilangkan bauan yang tidak menyenangkan seperti bau rokok,hamis peluh dan sebagainya perlu dititik beratkan sebelum ke ranjang menggoda isteri demi seks yang lebih menyenangkan dan pastinya lebih mengghairahkan.
Demikian 3 amalan yang pastinya amat mudah dilakukan semoga tahun 2012 ini bakal menjadi tahun yang terbaik dalam kehidupan seks anda dan pasangan.
Sekian.Terimakasih dan semoga tulisan singkat ini bermanfaat.
Terimakasih.
Ulasan
Catat Ulasan
Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.