3 Dugaan Terbesar Dalam Perkahwinan

Spices Of Heart/


3 Dugaan Terbesar Dalam Perkahwinan|Alam perkahwinan sememangnya penuh dengan dugaan dan cabaran yang kadangkala boleh menggangu gugat ikatan cinta yang dibina.Oleh itu jika anda pasangan muda yang tengah merencana atau pun baru berkahwin,seeloknya anda perlu bersedia dan mengambil tahu hal-hal yang bakal menjadi dugaan terbesar semoga bila hal-hal tersebut berlaku,anda dan pasangan mampu menanganinya dengan baik.

Berikut merupakan 3 dugaan terbesar dalam perkahwinan yang jika tidak ditangani sebaik-baiknya mampu memberi kesan buruk kepada keharmonisan hubungan suami isteri.


1)Komunikasi
-Lelaki dan wanita sebenarnya memiliki otak yang sangat berbeza membuatkan cara berfikir juga amat berlainan.Dari segi pertuturan bahasa juga memiliki susur logika yang ketara berbeza.Hal ini biasanya menyebabkan banyak pasangan terutama yang baru berkahwin sukar menyesuaikan komunikasi antara satu sama lain dengan lancar.Masalah ini tentu sekali mempengaruhi hubungan yang dibina.

Untuk mengatasinya juga mengelakkan ketergantungan dan salah faham dalam komunikasi,jika ada perkataan pasangan yang tidak anda jelas akan maksudnya,mintalah pasangan mengulanginya.Begitu juga jika ada perkataan yang anda tutur kurang jelas bagi pasangan,ulang dan jelaskan padanya agar pemberian dan penerimaan dalam komunikasi berjalan lancar.

2)Kepercayaan
-Sukar dinafikan bahawa walaupun perkahwinan bererti terjalinnya ikatan yang sah dan suci,namun banyak pasangan yang sukar untuk membina kepercayaan antara satu sama lain.Malahan usaha untuk memupuk rasa percaya dalam perkahwinan sememangnya memerlukan waktu yang cukup lama.

Demi mengatasi kurangnya kepercayaan antara anda dan pasangan,sentiasalah saling mendekatkan diri dan memberikan pujian juga kata-kata manis.Mendengar pujian membuat seseorang merasa aman dan selamat.Selain itu,menunjukkan sikap saling memerlukan menjadi teras yang baik untuk membangun rasa percaya dan yakin antara satu sama lain.

3)Kewangan
-Masalah kewangan dan hal-hal yang berkaitan dengannya sering memberi pengaruh yang hebat dalam perkahwinan.Cara mengatur perihal kewangan yang berbeza kadangkala mewujudkan selisih faham dan pertengkaran.

Untuk menyelesaikannya memerlukan kompromi yang baik antara anda dan pasangan.Usah merahsiakan perihal kewangan masing-masing,buatlah bajet yang bertepatan dan sentiasa bertanggungjawab atas pengeluaran atau perbelanjaan yang dilakukan.


Demikianlah ketiga-tiga dugaan terbesar dalam sesebuah perkahwinan semoga tulisan ini mampu sedikit sebanyak memberikan manfaat seadanya.

Sekian.Terimakasih.

Ulasan

  1. yaa, dalam perkahwinan tanggungjawab memang besar. sama2 lah kita bersuaha ke arah kebaikan abadi antara keduanya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet