Kata Cinta Tanpa Bicara

Kata Cinta Tanpa Bicara-Spices Of Heart/


Kata Cinta Tanpa Bicara|Bagi sesetengah orang,mengungkapkan kata cinta menjadi sesuatu semudah mengejanya.Namun bagi sesetengah yang lain,mengatakan cinta pada orang yang disayangi bagai beban yang teramat berat,teramat sukar walau hati senantiasa berdetak detik ingin meluahkannya.

Sesungguhnya perasaan cinta itu sesuatu yang unik,biarpun tanpa bicara tanpa suara,lagu mahupun irama,luahan cinta mampu meresapi hati dan jiwa orang yang kita sayangi andai kita benar-benar tulus dan ikhlas terhadap perasaan kita padanya.

Kiranya anda tergolong antara mereka yang sukar membuka mulut mengatakan cinta kepada pasangan,usah risau usah khuatir.Kata cinta anda pasti didengari,rasa cinta anda pasti dirasai, jika anda berusaha membiasakan diri melakukan beberapa hal mudah seperti berikut ini..


Genggamlah tangan pasangan dengan erat kerana dari sentuhan yang terjadi mampu menyatakan tentang rasa ingin bersama dan bersatu dengannya.

Peluk dan rangkullah pasangan dengan penuh kasih sayang kerana transmisi kehangatan yang berlaku hasil penyatuan tubuh anda dan si dia dapat melahirkan signal perlindungan juga rasa aman,selamat dan tenteram baginya.

Tatap mata pasangan saat anda berbicara dengannya kerana hasil dari kontak mata yang berterusan ketika berkomunikasi mampu menumbuhkan rasa percaya si dia terhadap anda dan menjadi signal kejujuran dan ketulusan.

Usah ragu memberikan si dia ciuman dan jadikanlah ianya sebagai kebiasaan sehari-hari.Bukan semestinya ciuman erotis sahaja tetapi ciuman lembut dan mesra pada pipi,dahi,hidung mahupun tengkuk atau bahu pasangan akan membuatkan si dia rasa dihargai dan dicintai setiap hari.

Peka terhadap kondisi pasangan,misalnya jika si dia sibuk melakukan kerja seharian,hadiahkanlah urutan dan picitan lembut pada anggota badannya yang banyak melakukan pergerakan seperti bahu,lengan atau kaki.Semestinya si dia akan merasa senang dengan perlakuan anda juga membantunya mengurangi stress.

Beri si dia kejutan berupa pernyataan cinta dalam bentuk lain seperti catatan perasaan anda padanya,puisi cinta,jambangan bunga atau pun rancanglah percutian yang diingin-inginkan si dia tanpa diduga olehnya.


Sememangnya cinta itu mampu dengan sendirinya berbicara walau tanpa kata dan tanpa suara andai perasaan yang ada disertai dengan perlakuan yang mesra dan menyenangkankan.

Ulasan

  1. sebenarnya cinta tak perlu diucap...ianya mengalir dengan sendiri..hati pasti dapat merasai

    BalasPadam
  2. @yati,
    betul tu,semoga sahabat2 yg sukar melafazkan cinta dapat inspirasi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki