Khamis, 5 Januari 2012

Teknik Ampuh Ciuman Terbaik

Spices Of Heart/


Teknik Ampuh Ciuman Terbaik|Ciuman memang merupakan antara salah satu kunci penting ke arah jalinan cinta dan asmara yang romantis.Namun ternyata tidak sedikit mereka yang seringkali kecewa dengan teknik ciuman pasangan masing-masing hinggakan keseronokan hubungan menjadi hambar dan kurang mengghairahkan.

Mengetahui dan melakukan ciuman dengan berkesan tidak dinafikan menjadi elemen berharga buat pasangan samada dalam percintaan mahu pun alam rumahtangga demi ikatan cinta yang kukuh dan membahagiakan.

Untuk itu kali ini saya cuba bawakan sedikit teknik yang mudah namun ampuh untuk memberikan ciuman yang berkesan dan terbaik kepada pasangan seperti yang dinyatakan dibawah..

Persiapan Diri
-Ciuman yang baik adalah ciuman yang dilakukan dengan tenang,penuh penghayatan dan perasaan.Ciuman secara tergopoh gapah bukan saja akan membuat pasangan merasa cuak malah pasti akan membencinya.Oleh itu cubalah tenangkan diri dan lapangkan fikiran dengan tidak memikirkan hal-hal lain selain dari menumpukan perhatian pada momen indah yang bakal diciptakan.Selain itu bibir anda juga perlu dipersiapkan agar tidak kering atau pecah-pecah serta elakkan dari nafas yang berbau dan tidak menyenangkan.Sekiranya telah benar-benar telah menyiapkan diri,mulakan langkah awal dengan mengangkat sedikit kepala dan merapatkan bibir anda ke arah bibir pasangan perlahan-lahan.

Kucupan Lembut Dan Ringan
-Sebagai awalan kepada ciuman yang panas dan mengghairahkan,kucuplah dengan ringan dan lembut pada bibir pasangan.Kemudian diteruskan dengan mengucup bibir atas juga bibir bawah si dia.Lanjutkanlah gerak anda dengan mencium pipi,dahi dan hidungnya.Ketika bibirnya masih lagi tertutup,sentuhi lidah anda ke sepanjang bibirnya dengan lembut serta gigitlah dengan halus bibir bawah si dia demi membangkitkan hasratnya.

Ciuman Hangat
-Saat keinginan makin memuncak,mulakan ciuman hangat dengan bibir yang saling terbuka dan biarkan lidah anda bertemu dengan lidah pasangan.Gunakan lidah anda secara ringan agar tidak terlalu basah dengan air liur.Mainkan lidah si dia juga biarkan si dia memainkan lidah anda sekali sekala.Sekiranya si dia menunjukkan hasratnya dengan agresif,ikutilah keinginannya.

Cium Bahagian Selain Bibir
-Ramai yang melakukan kesilapan dengan hanya menumpukan ciuman hanya pada bibir pasangan hinggakan momen berciuman sering menjadi sesuatu yang biasa dan kadangkala membosankan.Sebagai variasi tambahan,sesekali selang seli kan saat berciuman dengan mencium bahagian lain yang mudah dicapai seperti telinga dan leher.Berikan ciuman dan memainkan lidah anda secara lembut ke telinga dan leher si dia.Juga sesekali berikan gigitan mesra yang halus ke cuping telinga atau pada lekuk di pangkal lehernya.Harus diingat ciuman yang dilakukan dengan variasi yang bersesuaian dan latihan yang berterusan,pasti akan memberikan hasil yang terbaik buat anda dan pasangan.

Sekian.Semoga apa yang diberikan kali ini mampu memberikan kebaikan buat semua.
Terimakasih.


1 ulasan:

Terimakasih kerana sudi membaca tulisan ini.Rasanya lebih lengkap jika anda sudi memberikan pendapat anda walaupun sedikit.Saya bersedia menerima apa jua pandangan,cadangan mahupun kritikan demi memperbaiki lagi penulisan saya.

Kiranya anda berminat membaca tulisan-tulisan saya seterusnya,anda dijemput untuk follow blog ini agar tidak ketinggalan mengikuti tulisan-tulisan yang terbaru.
Anda juga boleh berkongsi tulisan yang dirasakan bermanfaat dengan rakan-rakan melalui butang share yang disediakan.

Setiap tulisan saya adalah untuk perkongsian maka anda di izinkan untuk copy paste tulisan yang anda rasakan berguna dengan syarat anda meletakkan link balik ke blog ini.

Terimakasih banyak-banyak kerana sudi membaca.Segala kesilapan dan kesalahan amat dikesali dan saya memohon maaf terlebih dulu jika ada melakukannya.
Ikhlas dari-cleverspider55 a.k.a alam1cinta

Profil Penulis

Foto Saya
Blogger pemula yang cuba menyisipkan diri dicelah-celah laungan guru-guru,master-master,sifu-sifu,otai-otai blogger yang punya blog hebat,famous,canggih,keren,popular dan terkenal, dengan harapan ada tempat untukku walaupun sekadar di pinggiran...Moga moto motivasi yang ku percaya; "Keinginan Diri Sendiri Adalah Kuasa Yang Paling Hebat,Adalah Penawar Yang Paling Mujarab" akan setia menemaniku.
Designed By Seo Blogger Templates