Trik Ampuh Temui Kekasih Sejati

Spices Of Heart/

Trik Ampuh Temui Kekasih Sejati|Kekecewaan dan kegagalan yang dialami sering membuat seseorang itu serik untuk bercinta.Apatah lagi jika berkali-kali dibohongi dan dikhianati sehingga kepercayaan terhadap cinta dan kebahagiaan semakin pudar dan melupus.

Namun kerana kita di dunia ini dicipta untuk berpasang-pasangan,tidak dapat dinafikan pasanganlah pelengkap utama kehidupan kita, jadi mencari pasangan yang kita cintai dan menyintai kita itu satu kemestian bagi seseorang yang masih sendirian.

Siapa pun anda,walau apa pun sejarah masa lalu,bukalah matahati kembarakanlah minda,kerana pasti ada seseorang yang bakal menyintai anda dengan tulus dan bakal menjadi kekasih sejati yang diingin-inginkan.

Percayalah,ada seseorang yang terbaik sedang menunggu atau bakal anda temui.Dan sebagai sedikit pencetus idea dan inspirasi,kali ini saya ingin berkongsi trik ampuh mencari dan menemui kekasih sejati.Ikuti panduannya seperti berikut..

Tujuan Yang Betul
-Kesilapan banyak orang adalah tiadanya tujuan sebenar yang betul ketika menjalinkan hubungan cinta.Jika inginkan kekasih sejati,untuk menjadi teman hidup bersama,jadi tetapkanlah tujuan anda dari mula dan jalinkanlah ikatan dengan serius.Anda seharusnya berusaha mengarahkan cinta yang dibina kearah apa yang dimahukan.Jika anda seringkali melakukan kesalahan dengan menganggap orang yang anda jalinkan hubungan tidak serius maka jadilah hubungan anda seolah sesuatu yang hanya main-main.Bila anda menampilkan diri sebagai seorang yang hanya mahu bersenang-senang,pasangan anda juga tentunya akan terkesan dan menganggap hubungan anda berdua sekadar main-main sahaja.

Tetapkan Kriteria Orang Yang Diinginkan
-Ramai yang percaya cinta itu perlu diterima seadanya.Tetapi bukankah kita sebagai seorang manusia memiliki kuasa yang ada dalam diri masing-masing iaitu kuasa membuat pilihan.Oleh itu sebelum menjalinkan hubungan cinta,tetapkan kriteria bagaimana kekasih yang anda perlukan.Tetapi janganlah pula menetapkan kriteria yang terlalu tinggi hinggakan sukar untuk menemuinya.

Berpada-Pada Mengharap
-Saat menjalinkan hubungan dengan seseorang,cubalah jangan menaruh harapan terlalu tinggi bahawa dialah orangnya yang anda cari-cari semoga andai bila-bila terjadinya kegagalan anda tidak terlalu kecewa dan berputus asa.Sebaliknya sentiasalah yakinkan hati dan percaya bahawa apa yang anda inginkan akan tercapai jua dan Tuhan telah menentukan jalannya untuk anda.

Sabar Berusaha
-Tiapkali mengalami kegagalan,teguhkanlah semangat dan bersabarlah.Memangnya mengubat hati yang kecewa memerlukan masa,tetapi jangan merugikan waktu dengan menangisi cinta yang telah tiada.Ikan di lautan bukan seekor.Tentunya ada yang sesuai dengan selera anda.Pastinya ada yang sedang menunggu untuk menyintai anda dengan tulus dan setia.

Jadilah Seseorang Yang Di Inginkan
-Memahami dan menilai diri sendiri amat perlu apatah lagi jika berkali-kali gagal dalam menjalinkan hubungan.Kenali kekurangan dan kelebihan yang anda miliki.Ubahlah tiap kekurangan menjadi lebih baik dan pergunakanlah kelebihan yang ada sebaik mungkin.Pasti cepat atau lambat ada yang akan tertarik dengan diri dan keperibadian anda.

Cari Ditempat Yang Sesuai
-Mencari teman di bar,kelab-kelab hiburan mahu pun laman sosial merupakan kesalahan yang selalu dilakukan mereka yang sendirian.Ini kerana secara umumnya tempat-tempat seperti itu kebanyakannya dipenuhi oleh orang-orang yang hanya mahu bersenang-senang dan main-main.Berfikirlah dan bertindaklah dengan wajar.Cari kekasih sejati yang anda inginkan sesuai dengan apa kriteria yang anda idam-idamkan.

Ulasan

  1. HEHE.. kna take time jgk utk jumpa soulmate kiter... kna slowly n steady, hihi. kan kan? :)

    BalasPadam
  2. haa tula selalunya merak yg bercinta ni tiada hala tuju... semuanya utk suka2 lg2 remaja zaman skrg ni.. alahai...

    BalasPadam
  3. @mizmarmalade,
    @queen
    @kancil8349,
    semoga dpt kiranya dijadikan panduan maupun inspirasi..
    Tq sudi hadir n komen.

    BalasPadam
  4. @papa mifz
    sekadar satu perkongsian
    terimaksh hadir n komen

    BalasPadam
  5. betul tu Tuhan sedah mentiapkan seseorang buat setiap hambaNya...tunggu waktu dan ketika InsyaAllah..pasti akan bertemu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki