Trik Bahagiakan Hati Kekasih

Spices Of Heart/

Trik Bahagiakan Hati Kekasih|Mahu menyenangkan dan membahagiakan hati kekasih tersayang sebenarnya bukan sesuatu yang sulit jika kena caranya.

Malah banyak sekali cara yang boleh dilakukan.Antaranya dan mungkin juga yang paling mudah adalah dengan membiasakan diri memberikan kekasih puji-pujian dan kata-kata rayuan yang romantis.Cara ini merupakan trik yang cukup berpotensi membuat kekasih merasa senang,dihormati dan dihargai.Pastinya si dia akan gembira dan berbahagia dengan apa yang anda lakukan apatah lagi jika dilakukan pada masa yang bertepatan dan dengan teknik yang betul seperti sedikit panduan dibawah..

Ucapkan Dengan Ikhlas
Kata pujian seindah dan sebagus mana pun jika tidak dilafazkan dengan ikhlas dari hati tidak bermakna apa-apa.Sebaiknya,tiap kata yang dilafazkan menunjukkan niat penghargaan yang tulus sepenuhnya.Apabila kekasih melakukan apa-apa kebaikan terhadap anda,tunjukkanlah keprihatinan dengan mengucapkan terimakasih contohnya...
'Sayang,terimakasih banyak-banyak.Kadang aku tak tau dengan apa dapat kubalas setiap kebaikanmu..Sesungguhnya ia amat bermakna bagiku.'

Turuti Dengan Ciuman Sayang
Setiap pujian yang dilafazkan sebaiknya dituruti dengan memberikan ciuman lembut penuh kasih sayang untuk menambah eratkan ikatan anda berdua.Ciuman juga khas sebagai pernyataan betapa dalamnya cinta anda terhadap dirinya.

Menunjukkan Ekspresi
Setiap orang memiliki tahap keupayaan mengekspresikan perasaan yang berbeza.Jika anda seorang yang sukar mengekspresikan perasaan sendiri,latihlah diri dengan menonton filem-filem romantis,membaca novel-novel romantis dan mendengar lagu-lagu cinta romantis.Kemudian cubalah mengekspresikan perasaan anda saat anda mengucapkan kata-kata pujian terhadap kekasih.

'Sesungguhnya kebahagiaan yang kita cari,dengan sendirinya akan hadir andai kita mampu membahagiakan orang lain'

Ulasan

  1. panduan yang baik...dah lama kancil ndak singgah ke blog nie...lama menghilang...

    BalasPadam
  2. @kancil8349
    tak lah menghilang sahabat,cuma bz sikit masa tu..terimakasih sudi hadir.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki