Trik Cari Kekasih Idaman Di Facebook

Spices Of Heart/

Trik Cari Kekasih Idaman Di Facebook|Laman sosial seperti Facebook,Twitter,Myspace dan lain-lain sering dijadikan sebagai landasan oleh mereka yang bersendirian untuk mencari kekasih idaman.Malahan tidak kurang juga pasangan yang berjaya menjalin ikatan cinta hasil dari perkenalan di laman-laman sosial ini.

Antara laman-laman sosial yang ada,Facebook tentunya merupakan pilihan utama mereka yang berniat mencari kekasih secara online.Namun mencari kekasih cara sebegini banyak aturannya.Ini kerana didunia maya,kebanyakan orang dengan mudah boleh memanipulasi data peribadi dan identiti diri mereka.Ini menyebabkan ramai yang sering tertipu dengan profil palsu seseorang yang akhirnya membawa kehampaan bila di dunia nyata.

Buat anda yang berniat mencari kekasih idaman mahu pun teman hidup di Facebook,kali ini saya bawakan beberapa trik yang boleh di ikuti seperti apa yang dinyatakan di bawah.

Jangan Berpura-pura
-Berpura-pura menjadi orang lain misalnya dengan berbohong mengenai diri anda seperti usia dan lain-lain bukanlah satu cara yang baik jika anda benar-benar ingin mencari kekasih idaman melalui laman sosial.Sebetulnya,tampilkanlah diri anda yang sebenar dan kualiti yang anda miliki tanpa dikurangi atau dilebih-lebihkan.

Guna Foto Sebenar Dan Terbaru
-Sesetengah orang merasa tidak selesa menggunakan foto sendiri lalu menjadikan foto orang lain sebagai foto profil.Ada juga yang menggunakan foto yang telah lama misalnya foto dizaman persekolahan kerana menganggap ianya lebih menarik dari yang terbaru.Tetapi inilah kesilapan besar yang tidak sepatutnya dilakukan kerana orang akan menganggap anda seorang yang tiada keyakinan diri.Sebaiknya tunjukkanlah wajah sebenar anda yang sekarang ini agar mereka tidak rasa dibohongi saat bertemu secara langsung.

Tulis Status Yang Baik
-Setiap apa yang anda tulis pada status anda merupakan kunci penting untuk menarik perhatian orang lain.Jadi setiap kali memperbaharui status anda, tulislah status yang baik dan menarik serta yang berunsur persahabatan agar lebih ramai yang tertarik untuk berhubung dan mengenali anda lebih dekat.Elakkan menulis status yang mengejek,menghina atau menceritakan keburukan orang lain.Juga usahlah menulis status mengenai kesedihan dan keluhan hidup.Jika ingin mencari seseorang yang baik,tunjukkanlah sesuatu yang positif dari diri anda.

Mulakan Dulu
-Untuk mencari kekasih secara online,sikap yang pasif perlu diketepikan sama sekali.Oleh itu jika anda merasa tertarik dengan seseorang samada dari daftar rakan-rakan atau pun orang yang dicadangkan,jangan segan untuk memulakan langkah terlebih dulu.Anda boleh menulis sesuatu yang menarik di dindingnya,hantar mesej peribadi atau pun memaklumkannya menerusi tulisan pada status anda sendiri.Jika dia pun tertarik pada anda pasti tidak lama anda akan menerima respon positif darinya.Apa yang harus diingat,ketika menulis sesuatu kepadanya,gunakanlah perkataan yang tidak keterlaluan dan tidak menampakkan anda terlalu menginginkan mahu pun terkesan murahan.Tetaplah menjaga keanggunan dan kemuliaan peribadi anda sendiri.

Percaya Naluri Sendiri
-Mencari kekasih melalui online sememangnya banyak risikonya.Kerana itu pentingnya anda meneguhkan semangat dan kepercayaan pada naluri dalaman serta kata hati sendiri.Jika orang yang anda kenali secara online tidak pernah menghubungi anda pada waktu-waktu normal(biasanya atas jam 12 malam),cuma ingin berkomunikasi melalui sms atau e-mail,atau pun anda kuat merasakan bahawa dia bukanlah orang yang sesuai,maka percayalah pada naluri anda.Usahlah meneruskan hubungan ke arah yang lebih dekat kerana besar kemungkinan si dia hanyalah seorang yang main-main dan tidak serius untuk membina hubungan.

Cari Dan Kenali Persamaan
-Hubungan antara dua hati yang kukuh dibina atas beberapa faktor tertentu.Antara faktor yang penting adalah wujudnya persamaan dari segi minat,prinsip hidup,pemikiran dan lain-lain.Cara terbaik mencari kekasih melalui online adalah dengan melihat dan mengenalpasti terlebih dulu ciri-ciri persamaan mahu pun perbezaan yang ada dengan anda.Hubungan yang akan dijalin pastinya akan lebih lancar andai lebihnya persamaan antara anda berdua dibandingkan dengan perbezaan.

Fokuskan Pada Hal Yang Penting
-Bila sampai waktunya interaksi di online berkembang kepada pertemuan di dunia nyata,fokuskanlah pada hal-hal yang penting.Usah mencelarukan fikiran anda dengan hal yang remeh temeh seperti memerhatikan cara dia makan,jenama apa pakaiannya atau pun kasut apa yang dipakainya.Sebaiknya ketika inilah masanya anda menilai diri sendiri.Apakah anda selesa berada bersamanya?Apa yang anda rasakan bila berada disisinya?Adakah perilakunya jujur dan tulus saat bersama anda?Pendek kata,fokuskanlah penelitian anda pada hal-hal penting yang mampu dijadikan sebab bagi anda samada untuk meneruskan hubungan yang baru mahu bermula atau pun tidak.

Demikianlah beberapa trik yang dapat dikongsikan.Semoga ianya sedikit sebanyak ada manfaatnya buat semua khususnya kepada mereka yang berniat mencari kekasih idaman di Facebook.

Ulasan

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet