Tutuplah Auratmu Duhai Wanita

Spices Of Heart/

Tutuplah Auratmu Duhai Wanita|Dalam hidup ini,kita hidup dalam lingkungan masyarakat tiap apa yang kita buat pastinya dilihat,diperhatikan dan mengundang tanggapan orang.

Tak kiralah apa yang kita makan,apa yang kita minum,kerja kita,pakaian kita dan sebagainya bagai mencerminkan siapa kita setidak-tidaknya pada pandangan orang lain.Walaupun mungkin kita tidak seperti apa yang terpamer,tetapi itulah hakikatnya.Mereka yang disekeliling pastinya akan menganggap kita seperti apa yang mereka nampak.
Misalnya dalam soal berpakaian,mungkin bagi lelaki agak selamat daripada diberi tanggapan yang tidak menyenangkan,tetapi lain halnya dengan kaum wanita.Soal berpakaian ternyata sesuatu yang mesti dititikberatkan.Bukan saja demi menjaga penampilan tetapi agar terhindar dari pandangan dan tanggapan serong masyarakat sekeliling.Apatah lagi,cara seseorang berpakaian bagaikan penyampaian mesej tersembunyi yang disampaikan pada orang yang memandangnya.

Bagi wanita yang beragama Islam,berpakaian baik dan menutup aurat merupakan kewajipan dan tuntutan agama.Ini kerana seseorang wanita yang menutup aurat itu secara tidak langsung dia mengatakan kepada semua khususnya kepada kaum lelaki,
"Matikanlah niatmu menjamu pandangan matamu dan tundukkanlah ia.Aku bukan untuk dinikmati kerana aku bukanlah milikmu dan engkau juga bukan kepunyaanku.Aku hanyalah miliknya orang yang dihalalkan Allah untukku.Akulah yang berhak ke atas diriku dan aku tidak terikat dengan sesiapa pun.Aku tidak tertarik akan sesiapa kerana darjatku lebih tinggi dan aku lebih terhormat dari mereka yang sengaja mempamerkan keindahannya sebagai hidangan mata mata jalang."

Secara halus dia memaksa lelaki-lelaki menundukkan pandangan dan menghormati dirinya.

Sementara wanita yang dengan sengaja membuka aurat dan sengaja menampakkan keindahan juga kemolekan tubuhnya secara tidak langsung akan dipandang terutama oleh lelaki-lelaki sang buaya seolah-olah mengatakan,
"Bukalah matamu tajamkanlah pandanganmu.Pakailah spectacles jika rabun jika kabur.Aku datang menjamu.Lihatlah kecantikan wajahku, nikmatilah keindahan tubuh gebuku sepuas-puas kau mahu.Berapa ramaikah yang mahu memandangku?Berapa ramaikah yang mahu mendekatiku?Berapa ramaikah yang mahu senyum dan menelan liur idamkan aku?Berapa ramaikah yang mahu berkata 'oh!cantiknya dia..mantap!'?"

Wanita sebegini ibarat ikan yang sengaja mengikat diri dipukat.Sengaja meletakkan dirinya sebagai mangsa lelaki lelaki penggoda yang mengejar keseronokan dunia dan suka mempermainkan wanita hingga akhirnya terjerumus ke arah malapetaka dan kehancuran.

Demikianlah....
duhai wanita-wanita yang kukasihi dan kuhormati semua
TUTUPLAH AURATMU!!

Ulasan

  1. Sungguh aurat wanita kenalah dijaga kerana rugi rasanya kalau hidup di dunia yg sementara ini dipersiakan sedangkan di akhirat kelak balasanya amat pedih...

    BalasPadam
  2. InsyaAllah...akan sentiasa ingat dan menjaga aurat

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan..:)
    Terima kasih atas peringatan..insyallah semoga kita, hamba2 d muka bumi nie sentiasa menjaga aurat dan peribadi kita sebagai muslimah..:)

    Follow sini ;)

    BalasPadam
  4. terima kasih di atas peringtan.. kdg2 kita ambil mudah saja perihal aurat ni...

    BalasPadam
  5. InsyaAllah..pasti ada yg akan berubah lambat atau cepat.
    Sama2lah kita doakan moga wanita2 kita menjaga aurat masing2.Amin

    BalasPadam
  6. tutup lah auratmu agar kedua-dua (laki dan perempuan) mendapat manfaat darinya iaitu terhindar dari dosa..

    BalasPadam
  7. terima kasih.... info yg baik.....

    BalasPadam
  8. http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/tudung.html

    BalasPadam
  9. http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/09/menutup-tubuh-bukannya-menutup-aurat.html

    BalasPadam
  10. http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/11/anda-islamkah-islamkah-anda.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki