Kiranya Al-Quran Mampu Bicara

Spices Of Heart/

Kiranya Al-Quran Mampu Bicara|Duhai umat manusia muslimin dan muslimah,kaum keluarga,saudara mara,rakan taulan dan diriku,kiranya Al-Quran itu mampu bicara,mungkin inilah apa yang ingin dikatakannya..

Suatu waktu dulu
ketika embun mendinginkan bumi
fajar subuh nan menyerlah
surah-surahku engkau baca
beberapa halaman
dan petang juga malamnya
beramai-ramai bersama rakan-rakan
kau alunkan ayat-ayat suciku
di surau dan masjid
namun kini
tiap pagi hari sambil menikmati segelas nescafe
engkau membelek akhbar harian,nonton berita tv
atau mengadap komputer atau ipad
membaca news online

Dirumahmu aku bagai perhiasan tak berharga
disimpan didalam almari,laci atau dibilik stor
hingga kadang engkau sendiri lupa
aku dimana.
Kini aku hanya berguna
buat mas kahwin
atau hantaran
agar dianggap bertaqwa
atau dijadikan penangkal
hantu jembalang dan syaitan
yang mengacau,
aku engkau biarkan sendirian
terperosok disudut-sudut
dan kesepian
ada bagaikan tiada

Kiranya ada masa luang
engkau sempatkan diri membaca
majalah hiburan dan novel-novel cinta
hasil karangan manusia
tiap edisi tak pernah lupa
tak kira berapa mahal pun harga
hingga terkurang wang belanja.
Tapi aku berisi ayat-ayat indah
tiada pujangga mampu merangkainya
berisi kata-kata perkasa
tiada lawan tiada bandingannya
dari Allah Yang Maha Kuasa,
engkau campak engkau abaikan
tanpa takut akan dosa
engkau biar engkau lupakan
tanpa sesalan

Malah ketika berangkat ke tempat kerja
engkau seringkali lupa
membaca
hanya sebaris ayatku
pemula kebaikan buatmu
Bismillahirrahmanirrahim..

Begitu jua dalam perjalanan
menuju destinasi engkau tuju
hanya lagu-lagu popular
cerita tentang cinta manusia
menjadi halwa telinga
oh bilakah agaknya
pemain muzik dikereta mewahmu
akan pula memutar kaset
mengalunkan surah-surahku
sebagai penemanmu?

Ditempat kerja dimeja kerjamu
aku tak pernah ada
tidak kah engkau rasa
eloknya ayat-ayatku dibaca
sebelum memulai tugas
mencari rezeki memenuhi keperluan
hidupmu di dunia pinjaman,
bukankah lagi afdal
apa jua yang engkau lakukan..

Dan bila malam
betapa tahannya engkau berjaga
menonton movie kesukaan,
english premier league match,
dan rancangan-rancangan pujaan
dikaca tv LCDmu
hingga berjam-jam
apalagi jika mengadap pc mu
surfing segenap dunia maya
membaca gosip-gosip terkini
gosip murahan dunia mainan
superbintang actor dan actress
luar negara juga dalam

Begitulah hari-hari mu
berulang dan berulang
penuh dengan aktiviti duniawi
yang tak pernah engkau lupakan
seiring usiamu
bertambah
dan bertambah
makin hari makin mendekat
ke akhir garisan

Dan aku jua semakin lama
semakin kusam dan kusam
engkau asing engkau singkirkan,
ada pun mungkin secebis ingatanmu
bila tibanya Ramadhan
entah kerana keikhlasan
atau sekadar mengikut keadaan
dua tiga surahku engkau baca
itu pun bacaanmu
tak lagi selancar waktu-waktu
masih kanak-kanak dulu
tika lidah jiwamu
bersih dan lembut..

Cuba lah
cuba lah
cuba lah oh
sesekali
walau hanya sedetik
bertanya pada diri
bila sampai masanya engkau sendirian
di lubang kubur yang sempit
bagaimanakah ingin engkau hadapi
para malaikat utusanNya
apakah akhbar harianmu
apakah tv mahal mu
apakah pc mu
apakah kegemaran mu
dari semua keasyikan duniawi
akan membantu mu?

Tak tahu boleh dipelajari
Yang lupa diingat semula
carilah aku kembali
keluarkanlah aku dari sudut-sudut terpinggir
bawalah aku di sisi hidupmu
biar ayat-ayatku mengisi
sedikit dari masa emas
hari hari hidup berhargamu
kerana saat engkau dikubur mu nanti
ayat-ayatku yang engkau ingati
akan datang padamu
bagai pahlawan perkasa
mengiringi masa-masa mu
menanti melalui dengan selamat
Hari Pengadilan Hari Pembalasan kelak

Dan jadikanlah aku
teman sejati mu teragung
dampingi aku selalu
hayati ayat-ayat suci yang ada padaku
dengan kesucian hati dan nurani,
sesungguhnya
sesungguhnya
sesungguhnya oh akulah
pemberian Allah Yang Maha Mengetahui
buat sekalian manusia
petunjuk buat mengatasi
segala cuba dan uji
dunia pinjamanNya,
peninggalan kasih seorang Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
buat umat yang dicintai
sebagai asas tak terbanding
panduan dan pegangan
agar selamat tetap dilindungi
dari hasutan kesesatan
syaitan iblis

Baca lah
baca lah
baca lah
ayat-ayat suci
surah surah ku
Al-Quran Nur Karim.

Ulasan

  1. ayat al-quran itu sgt indah, krna ia stu mukjizat..:)

    BalasPadam
  2. erm... mmg kita semakin lupakannya... berkesan sungguh di hati ini..bila baca entry ni...

    BalasPadam
  3. jadikan Al-Quran sbg panduan hidup...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet