Trik Agar Kekasih Beri Perhatian Saat Berbicara

Spices Of Heart/

Trik Agar Kekasih Beri Perhatian Saat Berbicara|Rata-rata wanita ternyata sering mengeluh mengenai kekasihnya yang jarang memberikan perhatian ketika berbicara.Menurut fakta yang diyakini,ini kerana fikiran seseorang lelaki selalunya mudah berbagi dan hanya mampu fokus kepada satu hal sahaja dalam satu masa.

Untuk mengajak seorang lelaki berbicara dan pada masa sama menumpukan perhatian pada apa yang dibicarakan sememangnya perlukan strategi khusus.Berikut ini beberapa trik yang dapat diamalkan agar kekasih anda memberikan perhatian setiap kali anda berbicara.

Kurang Itu Lebih Baik
-Menurut beberapa kajian yang pernah dilakukan,wanita biasanya bercakap tiga kali ganda lebih banyak daripada lelaki.Wanita umumnya sering mengungkapkan keseluruhan perasaannya,tetapi tidak bagi lelaki.Oleh itu bila anda berbicara dengan kekasih,teruslah kepada persoalan yang ingin dibicarakan dan tetaplah pada satu persoalan saja dalam satu masa.Jangan campur adukkan dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan kerana ia akan membuatkan si dia mudah naik jemu dan bosan untuk mendengar apa yang anda bicarakan.

Waktu Yang Sesuai
-Saat anda ingin membicarakan sesuatu yang penting dengan kekasih,pilihlah waktu yang bersesuaian.Jika anda mengutarakan persoalan yang serius ketika si dia sedang sibuk atau pun stress dengan kerja,usahlah harap dia memberikan perhatian atas apa yang anda katakan.Sebaiknya fahami dulu keadaan dirinya dan pilihlah waktu-waktu dimana dia sedang santai atau pun ketika moodnya dalam keadaan baik.

Memberi Dan Menerima
-Ketika berbicara dengan kekasih,jangan jadikan apa yang anda bicarakan sebagai monolog sendiri,sebaliknya biarlah ia berlangsung sebagai dialog antara anda dan dia.Dalam proses komunikasi perlunya ada timbal-balik agar ianya mampu berjalan lancar.Misalnya bila ada sesuatu persoalan,tanyalah pendapat si dia tentang apa yang anda cakapkan.Jangan hanya anda sahaja yang terus-menerus bercakap.Saat dia berkata-kata,dengar dan tumpukan perhatian anda.Ini akan membuatkan si dia rasa dihargai dan diperlukan.Belajarlah untuk memahami dan memberi perhatian jika anda juga inginkan perhatian dari kekasih.

Sertakan Bahasa Tubuh
-Penelitian mengatakan bahawa antara 80-90 peratus komunikasi manusia dilakukan secara non-verbal dimana manusia lebih banyak melibatkan bahasa dan gerak tubuh seperti kontak mata,postur tubuh,gerak tangan atau kaki dan lain-lain berbanding dengan kata-kata yang dikeluarkan dari mulut.Ketika anda membicarakan sesuatu dengan kekasih,gunakanlah bahasa tubuh misalnya dengan memegang lengannya sesekali dan menjaga kontak mata agar si dia rasa disayangi dan dihargai.Tentunya si dia akan lebih mendengar dan menumpukan perhatian dengan apa yang anda bicarakan.

Ulasan

  1. bukan seadar kekasih je kot.. dengan semua org pun boleh nie.. hehehe

    BalasPadam
  2. sy singgah sini.. akn singgah lagi di masa hdpn jika ada waktu terluang.. teruskan berblog !selamay maju jaya :)

    BalasPadam
  3. ini juga cocok untuk resep sebagai teman curhat yang baik.
    salam BW Kang

    BalasPadam
  4. kalau pke bahasa tubuh setuju banget sob

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet