10 Keunikan Wanita Malaysia

Spices Of Heart/


10 Keunikan Wanita Malaysia|"Siapa bilang gadis melayu tak menawan,tak menarik hati..".Hehehe...sedikit petikan lirik lagu gadis melayu membuka tulisan saya kali ini.Ya sahabat-sahabat pembaca semua...siapa yang cakap gadis melayu tak menawan.Siapa yang cakap wanita Malaysia tak menarik.Ternyata dia memang salah!memang salah!

Sebenarnya,hakikatnya,wanita Malaysia memang menawan,memang menarik.Wanita Malaysia juga merupakan wanita yang hebat dan punya keunikan tersendiri.

Pada umumnya wanita Malaysia memiliki 10 sifat yang unik dan mengagumkan.Jom lihat apa juga keunikan tersebut seperti apa yang dipaparkan dibawah.Boleh jadi salah satu,beberapa,
atau malah semua sifat ini juga
ada dalam diri anda.


1.Ikatan kuat dengan
keluarga dan masyarakat

Wanita Malaysia memahami dan menilai bahawa
mengasuh,mencintai,dan
bertanggung jawab terhadap
keluarga sebagai hal yang amat penting
dalam hidup.Mereka percaya bahawa
memiliki kerjaya atau sumber pendapatan adalah cara
untuk memberikan sumbangan terhadap
keluarga.Termasuk juga sebagai pengguna, prioriti wanita Malaysia dalam
membeli produk/barang keperluan adalah untuk
memberikan yang terbaik bagi
keluarganya.

2.Berhubungan baik dengan
teman dan kaum keluarga

Wanita Malaysia rata-ratanya memiliki hubungan yang baik
dengan teman-teman yang
dikenal sejak lama.Ikatan persahabatan yang sempurna
adalah bahagian penting dalam
hidupnya.Begitu juga dengan ikatan diantara kaum keluarga yang sentiasa menjadi keutamaan yang didahulukan.

3.Terpelajar
Kebanyakan wanita Malaysia adalah wanita yang berpendidikan baik.Malah tidak kurang yang berpendidikan tinggi
dan menjadi kalangan
yang terpelajar.Mereka selalu berusaha mencari dan menimba ilmu juga pengetahuan terbaru agar dapat merencanakan kehidupan
dengan lebih baik.

4.Berorientasikan kejayaan
Keluarga dan kerja sememangnya menjadi keutamaan bagi wanita Malaysia untuk mencapai
kehidupan yang berjaya dan
seimbang.Ianya menjadi orientasi dan pegangan kuat hidup mereka.Ingin
mencapai kejayaan dalam setiap aspek
kehidupan, termasuk kejayaan
dalam membina keluarga
harmoni,bahagia dan membesarkan
anak-anak.

5.Berjaya dalam kerjaya
Wanita Malaysia terutama masa kini adalah mereka yang
teguh mendapatkan kepuasan peribadi.Salah satunya adalah dengan memiliki
rasa penghormatan atas diri
sendiri serta kebanggaan
dengan menjadi wanita dan ibu berkerjaya yang berjaya dan
modern.

6.Ingin terlihat cerdas,berkeyakinan dan
modern

Wanita Malaysia kini adalah wanita yang menggambarkan dirinya sebagai
seorang yang intelek,berpesona dan keunggulan gaya.Cara mereka berpenampilan dan
membawa diri,menjadi hal yang penting,dijaga dan sentiasa berusaha memperbaiki kepada yang terbaik.

7.Kukuh kewangan
Wanita Malaysia adalah wanita yang menerima norma
sosial sebagai bahagian dari
kehidupan mereka.Namun,mereka tidak
melihat diri sebagai seorang yang pasif dalam pengambilan
keputusan, terutama soal
keluarga.Mereka secara berkala membincangkan
kewangan keluarga dengan
suami.Mereka bekerja untuk
menyumbang terhadap
kesejahteraan keluarga.Mereka bijak merencanakan kewangan
dengan lebih baik untuk hidup
yang lebih stabil.

8.Celik teknologi
Agar dapat selalu terhubung dengan
keluarga dan teman,yang
menjadi keutamaannya,wanita Malaysia termotivasi untuk
memiliki teknologi terkini.Rata-rata wanita Malaysia percaya
bahawa teknologi modern memainkan
peranan penting dalam memberikan kejayaan
untuk kerjaya dan membantunya
dalam kehidupan peribadi.

9.Menjaga kesihatan
Keseimbangan gaya hidup
antara kerjaya, keluarga dan diri
sendiri penting bagi wanita Malaysia.Oleh kerana itu,
mereka memaklumi dan
memerlukan kegiatan,juga
produk yang mampu membantu
mencegah penyakit dan
meningkatkan nutrisi sebagai
bahagian dari peningkatan
kualiti hidup mereka.Tidak hairan,jika
fitness,yoga dan senamrobik menjadi
pilihan menarik dan mengujakan bagi rata-rata wanita Malaysia, yang kurang
ditemui pada wanita lain di Asia Tenggara.

10.Ingin senang,aman dan selesa
Kebanyakan wanita Malaysia menghargai
pentingnya riadah dan
memanjakan diri.Namun,rasa senang,aman dan selesa ini tidak hanya
untuk diri sendiri.Hal ini
diekspresikannya dengan
merencanakan masa depan
keluarga, termasuk kewangan dan memastikan semua faktor kesenangan
keamanan dan keselesaan itu
telah disiapkan dengan baik.Dengan persiapan yang
matang,mereka lebih
termotivasi lebih berkeyakinan untuk mewujudkan
kehidupan yang terbaik untuk diri dan yang terutamanya untuk
keluarga.

Ulasan

  1. ye betol tu..wanita melayu memang hebat..

    BalasPadam
  2. @kasih salina,maszmadi
    Terimakasih sudi kunjung n bg pandangan.Semoga wanita2 malaysia kita terus maju menjadi wanita yg lebih hebat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet