5 Manfaat Hebat Jatuh Cinta

Spices Of Heart/

5 Manfaat Hebat Jatuh Cinta|Melihat dan memerhatikan sekeliling,dikalangan masyarakat,teman-teman sendiri..saya dapat merasakan dan memahami betapa ada sesuatu yang paling berharga telah hilang dalam kehidupan sebilangan orang iaitu:CINTA!

Sukar dinafikan sesetengah orang lebih memilih untuk bersendiri kerana merasakan itu lebih baik,tidak kurang juga orang yang takut untuk
jatuh cinta dan menjalinkan hubungan. Sesetengah
daripada mereka takut pada
kemungkinan yang mereka akan dikecewakan.Ada yang pernah bercinta dan kecewa menjadi putus asa lantas mereka telah terikat pada kepahitan dari pengalaman
lepas.Ada juga orang-orang
yang hanya terlalu malu dan
ada yang berfikir mereka tidak pantas menjadi penerima dan mengendalikan emosi cinta yang amat
memberangsangkan.Dan,sudah tentu juga terdapatnya mereka
yang menetapkan jangkaan dan keinginan mereka yang tinggi menemukan seseorang seperti Angelina
Jolie,Emma Watson atau Tom Cruise,Brad Pitt.

Kiranya mungkin anda seseorang yang tergolong diantara yang disebutkan...biar
saya berikan anda lima sebab dan manfaat yang
hebat untuk anda jatuh cinta dengan
cepat dan menjaga
hubungan anda sentiasa dalam keadaan cinta dan mencintai.


1)Anda Akan Merasakan Diri Seorang Yang Hebat
-Bila cinta
mula melanda,memenuhi ruang fikiran,perasaan dan hati seseorang individu ianya
melahirkan sejenis bahan
kimia otak yang dipanggil dopamin.Bahan kimia ini dikenali sebagai
perangsang yang baik kepada rasa ingin bertanggungjawab,menguatkan perasaan yang optimis
kepada kegembiraan dan kebahagiaan.
Ia memacu anda untuk merasa lebih bersemangat dan bertenaga,
menyemarakkan keinginan anda untuk mencari
dan melakukan perkara-
perkara baru,makan makanan baru dan ia juga mencetuskan rasa gembira yang menggunung walaupun hanya kerana perkara-perkara yang paling
kecil sekalipun.

2)Menurunkan Berat Badan
-Apabila berada dalam keadaan ria gembira badan anda akan sentiasa
mengepam neurontransmitter yang dipanggil norepinephrine, yang
seterusnya akan menghasilkan
adrenalin yang menyekat
selera anda. Selain itu,
sebahagian besar daripada kita
cenderung untuk melakukan rutin senaman
lebih kerap untuk terus memiliki fizikal yang terbaik.

3)Mencerdaskan Pemikiran
-Saintis di
Universiti Pavia di Itali
mendapati bahawa jatuh cinta
akan menimbulkan dan meninggikan tahap hormon
yang meningkatkan memori
dengan mencetuskan
pertumbuhan sel-sel otak
baru.Jadi seseorang yang jatuh cinta akan menjadi lebih aktif,kuat dan mampu berfikir dengan cepat mahu pun bertindak dengan pantas.

4)Awet Muda
-Seseorang yang jatuh cinta akan secara tidak langsung kelihatan lebih muda kerana neurontransmitter oxytocin, akan mencetuskan
pelepasan DHEA, iaitu hormon anti-
penuaan yang akan
mencetuskan pemulihan sel-sel
dalam badan.

5)Lebih Sihat
-Individu-individu yang menjalinkan hubungan mempunyai 1/3
kadar kematian lebih kurang daripada individu yang berseorangan dan mempunyai sistem
sokongan yang romantis
melindungi tubuh daripada
meningkatkan tahap kortisol (hormon
tekanan), yang menyebabkan
penyakit jantung.

Jadi,para sahabat dan pembaca sekalian...
Jika masih sendirian,apa yang
anda tunggu lagi?
Keluarlah dan
jatuh cinta lah pada seseorang.....!

Ulasan

  1. alhamdulillah...dah dapat cinta hebat tu heee

    BalasPadam
  2. sy baru menganal cinta SMP kelas 3 *cinta monyet tentunya :D

    btw : maksud dari komentar mas apa yah? "perkongsian yg baik sob.Teruskan!"

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki