5 Kesilapan Lelaki Ketika Memujuk Wanita Yang Menangis

Spices Of Heart/

5 Kesilapan Lelaki Ketika Memujuk Wanita Yang Menangis|Sememangnya kaum wanita
cenderung lebih emosional
dalam menghadapi masalah
berbanding dengan kaum lelaki hinggakan mereka amat mudah menitiskan airmata.Kadangkala wanita menangis kerana
masalah kecil atau tersedu-sedu
akibat sesuatu yang membuat dirinya rasa tertekan.Kebanyak lelaki sering melakukan kesilapan ketika
berusaha menenangkan dan cuba memujuk wanita
yang sedang sedih malahan kadangkala
membuat wanita semakin
marah dan tangisan lebih
menjadi-jadi.

Sebagai sedikit panduan,bila-bila masa anda cuba memujuk wanita yang menangis,elakkan dari mengatakan enam hal yang berikut kepadanya..


1."Cukuplah Tu, Lupakan Saja"
Kata-kata seperti ini adalah perkataan paling
kejam yang tidak seharusnya dilontarkan pada
wanita saat dia sedang
menangis. Wanita tidak perlu
diberitahu bila masanya dia harus
melupakan kesedihannya. Setiap
orang mengatasi kesedihan dan
rasa dukanya dengan cara yang
berbeza.Ada yang mampu dengan
cepat melupakan masalah, tapi
ada juga yang hanya dapat
melupakannya setelah
berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Lambat
ataupun cepat, rasa sedih itu
pun akan beransur-ansur
hilang. Mengeluarkan kata-kata sebegini
hanya akan membuatnya kesal
dan tentunya akan lebih sukar rasa
sedihnya itu hilang.

2."Masalahnya Tak Seteruk
Mana Pun..Takkanlah Sampai Menangis.."

Bila-bila pun wanita menangis pastinya disebabkan ada sesuatu yang
sangat teruk yang menimpanya
saat itu.Walaupun mungkin
masalah tersebut terlihat remeh
di mata lelaki atau orang lain, kiranya
wanita sampai menangis pastilah
kerana ada hal atau kejadian yang tidak
menyenangkan. Dengan mengatakan
yang masalahnya tidak terlalu
teruk akan terkesan seperti
meremehkan, padahal mungkin
itu adalah hal yang sangat
penting baginya.

3."Dahlah Tu..Aku Faham
Perasaanmu"

Hakikatnya,tidak ada siapa yang
benar-benar tahu apa yang
dirasakan oleh seseorang wanita saat dia
menangis.Kata-kata sebegini
memang boleh menunjukkan rasa
simpati,tetapi ianya sebenarnya akan terkesan
'palsu' pada wanita apatah lagi jika ia diucapkan
oleh lelaki yang telah menyakiti
hatinya.Memberikan sentuhan lembut pada bahu atau
merangkulnya lebih berkesan
untuk membuat perasaan wanita lebih
tenang dan baik.

4."Oic! Period Ya?"
Perasaan wanita sememangnya jadi lebih
sensitif dan sentimental ketika
period,tetapi bukanlah bererti
wanita dapat menerima jika
dikatakan seperti itu saat sedang
menangis.Kata-kata ini walau mungkin diucapkan dalam nada dan cara gurauan,tetapi ianya akan terkesan seolah anda merendahkan gendernya
sebagai seorang wanita.Tentu dia akan
merasa tangisannya hanya dianggap
remeh dan tidak bererti apa-apa.

5."Apa Menangis Ni..Tolonglah,Janganlah..Tak Elok.."
Melarang wanita menangis saat
dia sedang bersedih
bukanlah satu idea yang baik.Cara paling
tepat adalah menghadapi situasi tersebut dengan tenang dan membiarkan dia
meluahkan perasaan sedihnya.
Menyuruhnya agar berhenti menangis
sama seperti anda menganggap dirinya amat tidak stabil
dan tangisannya itu benar-benar
mengganggu. Malah menyuruhnya
berhenti menangis juga akan
membuatnya merasakan anda tidak peduli akan kesedihan yang dialaminya lantas akan membuatnya semakin berlinang
air mata.Cara terbaik
menghadapi wanita menangis
adalah dengan membiarkannya hingga
berhenti dan mendengar
apa yang dikatakannya selepas itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki