5 Makanan Penawar Kecewa

Spices Of Heart/

5 Makanan Penawar Kecewa|Kekecewaan berpotensi kuat menjadi penyebab hilangnya semangat hidup seseorang.Malah,tidak kurang mereka yang
mengalaminya dilanda kemurungan dan memencilkan diri.Dalam keadaan ini, sebahagiannya
memilih makanan sebagai jalan
pelarian.Benarkah cara ini berkesan mengembalikan
suasana hati?

Sememangnya belum ada kajian khusus yang mengkaji mengenai
makanan 'penawar' kecewa.Tetapi,beberapa orang ahli
gizi tidak mengabaikan
jenis makanan tertentu
seperti cokelat,aiskrim atau hidangan buffet(pesta) yang menjadi kegemaran mereka yang mengalami kekecewaan.

"Saat terjadinya perpisahan,
mengambil makanan yang
berupaya membuatkan suasana hati
menjadi lebih baik itu seolah-seolah menjadi penting," menurut salah seorang ahli
gizi, Stephanie Clarke.
Namun, menurut Clarke,
makanan dengan kadar kalori yang tinggi menjadi punca peningkatan berat badan seperti cokelat,aiskrim dan keropok,merupakan
pilihan yang salah.Makanan-makanan tersebut hanya akan membuatkan
suasana hati semakin buruk.

Clarke memberi pilihan beberapa makanan sihat yang mampu membantu
mengembalikan energi positif
dalam tubuh.Dibawah ini disenaraikan 5 makanan yang
mampu membuatkan tubuh bersemangat tanpa menggemukkan iaitu:


Sup Sayur
Sup Sayur adalah salah satu makanan panas yang dapat
menenangkan suasana hati
mereka yang tengah
mengalami kesedihan dan kekecewaan.Mengambil semangkuk
sup sayur panas-panas dikatakan mampu
mengembalikan semula semangat
yang hilang.

Cokelat Panas
Campurkan cokelat hitam dalam
segelas susu panas tanpa
lemak.Susu
almond dapat menjadi pilihan terbaik kerana ianya mengandungi protein
dan kalsium.Kandungan zat
dalam cokelat juga mampu
membuatkan mood lebih tenteram dan stabil.

Lada Turki
Kandungan protein dan serat yang ada
dalam lada amat baik untuk
memperbaiki suasana hati.Rasa pedas yang
ditimbulkannya mampu menimbulkan kehangatan yang diyakini membuatkan bertambahnya mood dan semangat.

Yogurt
Yogurt adalah pilihan baik sebagai pengganti kepada aiskrim.Campurkan buah-buahan dan sirap manis
ke dalam yogurt untuk mencetuskan semangat di awal
hari.

Teh
Ubahlah kebiasaan minum kopi
ketika tertekan dengan teh.Satu kajian University College
London,England,
menunjukkan, meminum teh
pekat empat kali sehari
selama enam minggu akan mengurangkan kadar pengeluaran hormon kortisol
iaitu hormon pencetus stres dan rasa tertekan.Manakala teh
hijau pula mengandungi theanin,
yang berperanan meningkatkan ketenteraman dan rasa relaks
di otak.


Atasi kekecewaan anda dengan
makanan dan minuman di atas.Usahlah
hanya mengurung diri bersendirian di
kamar,bersedih dan menangis
sepanjang masa.Jangan sampai rasa kecewa menjejaskan kesihatan anda.

Ulasan

  1. @HH
    Lada biasa mcm lada besar merah/hijau.biasanya lada tu disumbat dgn bahan2 lain kt dalam.Senang cakap macam lada solok(solok lada) kita kat malaysia.

    BalasPadam
  2. @kancil8349
    Syukur.Terimakasih sudi berkunjung

    BalasPadam
  3. sume tu penah makan tapi yang lada turki tu jerk x penah.. erm, cam susah jerk nak dapat..

    BalasPadam
  4. @maszmadi,
    Ganti je ngan lada solok.Tau kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki