5 Mutiara Kata Penawar Kecewa

Spices Of Heart/

5 Mutiara Kata Penawar Kecewa|Memang lumrah dalam kehidupan ini,hari-hari kita bukan selalu cerah,kadang mendung,kadang ribut melanda.Segalanya bukan kita yang mengawalnya.

Begitu juga dengan percintaan,tidak semestinya apa yang kita impikan menjadi kenyataan.Ada ketikanya kita akan kecewa,ada ketikanya kita kecundang jua.Dan,bila waktu itu tiba,usahlah kita berserah jiwa.Berduka lara bukan penyudahnya.Bangkitlah untuk hari esok kerana esok mungkin kita akan gembira,mungkin kita akan lebih berbahagia.

Dan,untuk anda yang kini sedang merasa kecewa kerana perjalanan cinta yang kecundang,ingin saya kongsikan 5 mutiara kata yang dipilih khas untuk anda.Ini bukanlah untuk
membuat anda terus hanyut dengan kekecewaan,namun ianya untuk membuat anda bersemangat kembali menjalani hidup dan menjadi peribadi yang
lebih tegar dan kuat.

Renungkanlah dan fahami setiap mutiara-mutiara kata berikut:


"I don't miss him, I miss
who I thought he was."


Apabila jatuh cinta pada
seseorang,anda
menggambarkannya dengan
begitu sempurna di minda anda.Seluruh hati
dan fikiran terisi dengan
gambaran perasaan yang
anda rasakan ketika jatuh
cinta.Namun,setelah anda dikecewakan,semua gambaran anda itu
dihapuskan oleh kenyataan sebenar.Kerana
itulah sebabnya anda
merasakan terluka,pedih,sakit dan kecewa
setelah hubungan anda
berakhir.Bangkitlah!,lepaskanlah
gambaran tentang dirinya
dari minda dan hati anda
agar anda mampu bergerak ke depan.Yakinkanlah hati anda bahawa
inilah kenyataan yang
terjadi.Kenyataan di mana
dia tidak lagi ada disisi anda.

"You never really stop
loving someone. You just
learn to try to live without
them"


Ingatlah kembali pada ketika di mana anda belum mengenali si
dia.Bagaimanakah hidup
anda ketika itu?Baik-baik saja kan?
Sebenarnya,itulah yang harus anda lakukan saat ini,belajar
hidup tanpa dia disisi,sepertimana
anda pernah hidup
sebelumnya.Anda tak perlu
berusaha keras untuk
melupakannya,biarkan saja luka hati dan
perasaan anda pulih seiring dengan putaran waktu.Apa
yang perlu anda lakukan adalah menghadapi
kenyataan bahawa kali ini
anda harus bergerak sendirian.Tenanglah!,anda boleh,dan
anda pasti baik-baik saja.

"You don't need a
relationship to define who
you are."


Siapa yang cakap ketika si dia meninggalkan anda,kemudian anda pun kehilangan jati diri?Tidak sama sekali!,ingatlah,anda tetap anda,
bukan orang yang berbeza.Anda tidak memerlukan
dia atau sesiapa hanya untuk mencari jati
diri anda.Anda tidak
memerlukan orang lain untuk
tahu siapa diri anda.

"Life is not about waiting
for the storms to pass. It's
about learning how to
dance in the rain."


Bila dilanda kekecewaan,seringkali kita bertanya,
"bilakah masalah ini akan berakhir?"
Namun,hakikatnya,masalah
memang tak akan pernah ada
akhirnya,dan anda tak
harus menunggu lama untuk anda melangkah
kembali.Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mencari
cara agar anda tetap mampu
bergerak sekalipun masalah
masih ada di sekeliling anda.

"You're beautiful, and
someone out there will
always love you"


What?,siapa yang cakap anda tidak layak mendapat seseorang yang jauh lebih
baik??
Come on! Hanya anda yang sebenarnya menilai diri anda sendiri tak berharga.Sedangkan,anda
dengan segala kelebihan
yang anda miliki
menunjukkan bahawa anda
memang seseorang yang
istimewa.Apabila ketika ini anda harus hidup sendirian lagi,ini
bukanlah kerana anda tidak
memiliki kelebihan malah hakikatnya anda lebih layak mendapat
seseorang yang lebih baik dari
yang pernah anda miliki.Percayalah, bahawa di balik
setiap perpisahan,
kekecewaan dan masalah
ada satu 'mesej' indah
yang ditujukan kepada anda.
Dan,'mesej' tersebut
meminta anda untuk
meneruskan perjalanan
menuju destinasi yang anda inginkan.

Ulasan

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet