Cara Terima Kekasih Seadanya

Spices Of Heart/

Cara Terima Kekasih Seadanya|Walaupun ada antara sikap kekasih yang kurang anda sukai,namun kerana mencintainya anda berusaha seboleh mungkin agar si dia berubah.Tetapi biar pun anda berusaha sekian
lama untuk mengubah sikapnya menjadi seperti
yang anda inginkan,kekasih anda tetap juga sama.Sebaliknya apa yang anda lakukan malah mengancam keharmonian hubungan anda berdua.

Anda sedar,anda perlu menerima sikap kekasih anda tersebut kerana anda memang menyayanginya.Masalahnya sekarang,
bagaimana caranya untuk anda menerima
kekasih anda seadanya?

Untuk anda yang berada dalam situasi sebegini,berikut ini jawapannya.


Cuba Memahami
Caranya,cubalah tempatkan diri anda di
posisinya,fahamilah kehidupan kekasih sebelum bersama anda, latar belakang
pendidikan,pergaulannya dan semua hal yang mempengaruhi cara dia berfikir dan bertindak.Semakin banyak yang anda tahu,semakin mudah anda memahaminya.Semakin anda memahami,semakin mudah pula anda dapat menerima kekurangannya.

Fikir Positif
Dalam masa anda berusaha memahami kekasih,apa yang anda ketahui perlulah diimbangi dengan pemikiran yang
positif.Ingatlah,jika anda
berfikiran negatif,maka
semua hal akan nampak buruknya saja dan anda akan jadi semakin kecewa.Bila anda berfikir secara positif
maka anda akan merasa lebih baik dan mampu
menemui jalan penyelesaian yang paling baik untuk anda
berdua.

Menerima Bukan Bererti Menyetujui
Kebanyakan orang sukar
menerima kekurangan sikap kekasihnya kerana tidak
mahu dianggap menyetujui tingkahnya.Sebaliknya,ada juga orang yang merasakan jika menerima,
itu bererti menyetujui.Tetapi dengan berusaha saling
menerima,kemungkinan untuk beradaptasi demi keamanan hubungan akan
semakin besar.Ingatlah,menerima bukan bererti menyetujui,tapi
dengan menerima (dan
diterima) proses
untuk memperbaiki diri akan menjadi semakin mudah untuk
dilakukan dan hubungan anda akan terhindar dari permasalahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet