5 Ciri Wanita Penakluk Hati Lelaki

Spices Of Heart/

5 Ciri Wanita Penakluk Hati Lelaki|Seorang wanita yang
cantik tidak dinafikan selalu mampu
mendapatkan hati para lelaki,tetapi belum tentu dia mampu
menaklukinya! Benar,menjadi
cantik tidak semestinya bererti anda
telah berkuasa atas hati lelaki.Malah tidak kurang para
wanita cantik yang harus
kecewa kerana pasangan
mereka lebih memilih
berkongsi banyak perkara dengan
wanita lain yang ternyata
tidak lebih cantik dari
dirinya.

Bukan bererti juga anda tidak
perlu menjadi cantik,menjaga kecantikan dan penampilan anda,tetapi ciri-ciri berikut ini harus juga anda miliki agar anda
benar-benar menjadi wanita yang mampu menakluki hati setiap lelaki dalam kebahagiaan.


1.Anda membuatnya senang untuk bicara
apapun

Dia bebas berbicara perihal apa pun dengan anda dan percaya anda tidak akan
meremehkan dirinya jika topik yang dibicarakan tidak anda sukai,mampu memahami apa yang dirasakan dan dapat
membantunya untuk
menemukan makna hidup
dan meniti di jalan hidup yang
benar.Pasti! Dia akan selalu berada dalam pelukanmu!

2.Mampu berdebat
Walaupun sikap lelaki selalunya ingin
mendominasi,tetapi lelaki juga suka jika mempunyai lawan yang seimbang.Perdebatan yang jujur,disertai keberanian
untuk mengakui dan memperjuangkan
kebenaran,walaupun
disertai tangisan,akan
membuatkan lelaki menghormati
dan semakin percaya pada
pasangan wanitanya.

3.Berpakaian sesuai diri anda
Ketika keluar bersama biasanya anda akan menyesuaikan gaya
berpakaian dengan pasangan.Namun untuk
hubungan jangka panjang,
sebaiknya anda jujur dengan diri sendiri.Seorang wanita
yang percaya diri dengan
gayanya sendiri cenderung
lebih bahagia dengan apa
yang dimilikinya dan itu menjadikannya lebih mudah bergaul
secara sosial mahupun fisikal serta lebih mudah mengadaptasi ciri kehidupan lelaki pasangannya dengan ciri kehidupan sendiri.

4.Mampu memahami fikirannya
Keserasian anda
dengan cara berfikirnya ternyata mampu menjadi penentu
samada anda cukup
memahaminya atau tidak.Perhatian dan keprihatinan anda pada pola berfikir si dia dan orang-orang disekelilingnya akan membuatkan anda tidak kekok dan mampu untuk turut serta ke dalam kehidupannya.Secara tak langsung menunjukkan
anda mengambil berat dan
memahami bagaimana
karakter pasangan anda.

5.Anda adalah kriteria
seorang ibu yang
diinginkannya

Tidak dapat dinafikan,masa
kecil seseorang dan
hubungan dengan ibunya
sangat mempengaruhi
kehidupannya
di kemudian hari.Rasa aman
yang diperolehi dari seorang ibu
ketika dia kecil dan waktu
dewasa,secara tidak
langsung membuatkan lelaki akan mencari kriteria tersebut dalam diri pasangannya.Tambahan lagi,
lelaki akan merasa senang jika bersama wanita yang mampu mengurus anak-anak dan
rumah tangga dengan baik.

Ulasan

  1. Jalan2 melawat blog awak. Jemput join segmen saya :-http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-follower-diari.html

    BalasPadam
  2. @dairi sedetik lebih,
    tq sudi berkunjung n leave ur comment.
    Tq sudi jemput..InsyaAllah akan cuba sertai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet