Sabtu, 12 Mei 2012

Kriteria Lelaki Buat Wanita Tergila-gila

Spices Of Heart/

Kriteria Lelaki Buat Wanita Tergila-gila|Ketampanan
bukanlah satu-satunya hal yang
membuat wanita jatuh cinta dan tergila-gila
pada seseorang lelaki.Ada banyak lagi hal
lainnya yang mampu lelaki lakukan untuk menarik hati wanita.

Seperti yang dikutip dari berbagai sumber,berikut ini beberapa kriteria yang membuat wanita tertarik pada lelaki.


Rajin Merawat Diri
Sama seperti lelaki,wanita
juga suka dengan orang-orang
yang mampu tampil bersih dan tahu mengurus dirinya.Kebanyakan wanita percaya jika lelaki itu tahu dan rajin merawat
dirinya sendiri, dia pasti mampu
mengurus dan menjaga pasangannya.Jadi
untuk lelaki semua,berhentilah dari tampil
dengan baju yang berkedut-kedut,rambut tidak disikat,kuku
berwarna hitam dan bau badan.

Gaya Berpakaian Yang Baik
Tidak juga perlu mengikuti gaya
berpakaian artis popular atau peragawan untuk tampil bergaya.Sebenarnya wanita hanya suka
apabila lelaki bijak mengadaptasi gaya tertentu yang membuatkan dia
terlihat berkarisma sendiri.Untuk lelaki semua,setidak-tidaknya anda perlu tahu apa
trend yang baru dan sesuai dengan diri anda.Janganlah pula terjebak pada
gaya yang sama saja selama
bertahun-tahun.

Humor
Sukar dinafikan lelaki ciri dan selera humor
disukai kebanyakan wanita.Ini kerana wanita sama seperti lelaki,melalui kehidupan harian yang mencabar,tentu sekali sudah punya
cukup masalah dalam hidup
mereka dan sebenarnya seboleh mungkin tidak ingin ditambah dengan
masalah lain.Waktu-waktu tertekan,wanita
ingin ditemani pasangan yang
mampu membuat mereka senang dan tertawa.

Prihatin
Sebenarnya wanita amat perlu terus diyakinkan
bahawa mereka dicintai dan
disayangi oleh pasangannya.Ada banyak cara untuk
menunjukkan keprihatinan dan
menunjukkan kasih sayang
tersebut,misalnya dengan
memimpin tangannya ketika
melintas jalan,
memeluknya sesekali,memastikan dia sudah sampai
dengan selamat di rumah dan
lain-lain.Walaupun tindakan-tindakan ini merupakan hal-hal kecil,tetapi perlu diingat untuk lelaki semua bahawa jika anda tidak menunjukkan
rasa kasih sayang tersebut secara terbuka sama saja ertinya bahawa anda malu berada bersamanya.Namun jangan pula sampai juga
terlalu banyak menunjukkan
rasa kasih sayang itu secara
berlebihan apalagi di depan
umum.

Senyuman Dan Tatapan Seksi
Lelaki yang mampu memberikan
senyuman dan tatapan yang seksi ternyata berupaya membuatkan wanita penasaran.Senyuman dan tatapan seksi yang dimaksudkan adalah senyuman yang ikhlas disertai dengan tatapan mata yang memancarkan kemesraan.Saat
lelaki melakukan tindakan sebegini,wanita akan
merasakan diri mereka amat istimewa dan dihargai.

Sikap Tenang
Ada sesetengah wanita yang
mudah panik dan menggelabah bila menghadapi
situasi yang tertentu.Pada saat itulah mereka amat memerlukan
lelaki untuk memberikan jalan keluar.Lelaki yang memiliki sikap tenang pastinya mampu menangani situasi tersebut dengan baik dan memberikan rasa tenteram pada diri mereka.Tetapi sebaliknya jika lelaki yang semakin
membuat mereka tertekan tentu sekali juga tidak akan
membuatkan wanita semakin jatuh cinta padanya.


1 ulasan:

  1. bw sini. salam kenal. jangan lupa follow k . i done follow u
    http://ucapanuntukbulan.blogspot.com/2012/05/segmen-50-blogger-in-blogwalking-list.html

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi membaca tulisan ini.Rasanya lebih lengkap jika anda sudi memberikan pendapat anda walaupun sedikit.Saya bersedia menerima apa jua pandangan,cadangan mahupun kritikan demi memperbaiki lagi penulisan saya.

Kiranya anda berminat membaca tulisan-tulisan saya seterusnya,anda dijemput untuk follow blog ini agar tidak ketinggalan mengikuti tulisan-tulisan yang terbaru.
Anda juga boleh berkongsi tulisan yang dirasakan bermanfaat dengan rakan-rakan melalui butang share yang disediakan.

Setiap tulisan saya adalah untuk perkongsian maka anda di izinkan untuk copy paste tulisan yang anda rasakan berguna dengan syarat anda meletakkan link balik ke blog ini.

Terimakasih banyak-banyak kerana sudi membaca.Segala kesilapan dan kesalahan amat dikesali dan saya memohon maaf terlebih dulu jika ada melakukannya.
Ikhlas dari-cleverspider55 a.k.a alam1cinta

Profil Penulis

Foto Saya
Blogger pemula yang cuba menyisipkan diri dicelah-celah laungan guru-guru,master-master,sifu-sifu,otai-otai blogger yang punya blog hebat,famous,canggih,keren,popular dan terkenal, dengan harapan ada tempat untukku walaupun sekadar di pinggiran...Moga moto motivasi yang ku percaya; "Keinginan Diri Sendiri Adalah Kuasa Yang Paling Hebat,Adalah Penawar Yang Paling Mujarab" akan setia menemaniku.
Designed By Seo Blogger Templates