Puisi Rindu Buat Dewi

Spices Of Heart/

Puisi Rindu Buat Dewi


puisi adalah caraku merindu
mengarang setiap lamunan
cuba mengusir igauan
dengan kata tak berbahasa
mahu mendakap segala ingatan
mahu merangkul segala kenangan
ingin kurampas segala bimbang
ingin kuragut segala kegelisahan
biar jarak hilang
dalam pelukan sayang,
dan bertaburanlah debar diam
tika sunyi memanggil dewi
lagu hati berkumandang
ke segenap saraf impian
gemilang cinta bagai embun
bersinar tak menyilaukan
dingin tak menyejukkan
memujuk jiwa walang
terus melagukan harapan

bagai nada puisi dimatamu
bening berisi bait kata
sejuta makna
menterjemah hikayat rasa
dalam rongga asmara
menyeru irama sukma
seluruh semesta rasa
bergemilanglah mesra
bergemilanglah cinta

dewi,
seperti bayu pagi
suci dan kudus
begitulah angin puisiku
dengan semilir mimpi
setia menderu
menjadi gerimis rindu menyusup ke jendela kasihmu menelusuri ranjang cinta
kamar batin mu

dewi,
puisikanlah nada inginmu
biarkanlah ia bersatu
dengan kata puisiku
biarkanlah ia bersatu
dengan makna mimpimu
menoktah rinduku.

Ulasan

  1. "puisi adalah caraku merindu
    mengarang setiap lamunan
    cuba mengusir igauan
    dengan kata tak berbahasa"

    Keren sekali Kata-kata ini. Kata adalah pedang tajam yang membunuh tanpa darah,,,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki