Sujud Maaf Buat Ibu

Spices Of Heart/

Sujud Maaf Buat Ibu|Kita semua tak kira siapa dan dimana kita berada,tak kira pangkat mahupun darjat,adanya kita disini kerana insan bergelar IBU yang bersusah payah mengandung dan melahirkan kita.

Jadi,bersempena hari ibu ini,marilah kita semua sama-sama renungkan kembali,selama ini apakah yang telah kita lakukan diatas segala jasa dan pergorbanan ibu kita..
Dan kiranya ada salah dan silap kita terhadap ibu,marilah kita memohon ampun dan maaf semoga hidup kita akan lebih diberkati.

Untuk semua,rakan-rakan dan pembaca,hari ini saya paparkan sebuah puisi spontan yang saya nukilkan dengan harapan setidak-tidaknya dapat dijadikan sebagai renungan yang berguna..
Berikut puisi dari saya:


Sujud Maaf Buat Ibu


telah kupeluk bulan purnama
lama tersimpuh diatas riba
silau mata dibias cahayanya
namun tak pernah sama
pancar senyum ibu tercinta
menyuluh jiwa raga
pabila malam hitam
datang tak terduga
menggelapkan ruang hidup
seorang anak

telah kupetik bintang angkasa
lama tersemat dimuka dada
silau mata dibias kerdipannya
namun tak pernah sama
sinar kasih ibu tercinta
menepis angin duga dan cuba
menderu tak terduga
pada kembara
menuju dewasa

dan tatkala gerimis tiba
aku kaku termenung sendiri
galau hati diruang gelita
hampa yang mendesak
sunyi yang menjerit
gundah
gulana
biar menitis airmata
membanjiri ruang rasa
sesal tak keruan
tiada ternoktah

ibu,
lama ku tinggalkan mu
lalai mengejar bayangan syurga
sedang syurga nyata
ada ditelapak kakimu

ibu,
dalam doa ku merintih
meminta maafmu
dan ku merintih
memohon ampunmu
dalam rindu ku bersujud
kesal menangisi
dosa dan kesalahanku

maafkan aku
ampunkan aku
oh ibu...




Sekian.Semoga puisi ini ada manfaatnya.
Selamat hari ibu kepada semua insan istimewa yang bergelar ibu.
Sesungguhnya tanpa kasih sayang,ajaran,nasihat,bimbingan,jasa dan pergorbananmu kami sebagai anak,sebenarnya tak bererti apa-apa.

Ulasan

  1. semoga kita menjadi anak terbaik dan soleh solehah kepada ibu dan bapa :)

    BalasPadam
  2. yap... (^_^)
    saya bukan nak bangga ...tapi walaupun follower saya lebih kurang dari kawan2 lain....
    tapi ranking sya di malaysia jauh lebih baik daripada mereka (^_^) itu menunjukkan pembaca bukannya follower kita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki