Tips Ringkas Atasi Kecewa Putus Cinta

Spices Of Heart/

Tips Ringkas Atasi Kecewa Putus Cinta|PERPISAHAN yang terjadi dengan kekasih
pujaan hati memang bukanlah perkara
mudah.Perasaan cinta dan
keinginan untuk kembali masih
terus membayangi.

Sememangnya putus cinta bagi sesetengah orang boleh mematahkan semangat
hidup sementara waktu dan hilangnya keyakinan juga kepercayaan dalam diri .Ya, rasa pedih dan kecewa kerana
putus cinta memang memeritkan.Untuk kembali bangkit dan pulih semula,tentunya
memerlukan masa transisi yang agak lama.Sebagai panduan agar anda merasa lebih baik dan cepat
pulih dari masa-masa suram tersebut,berikut ada tips ringkas yang dapat memberikan penyelesaian.


Berdamai dengan rasa kecewa
Hal ini memang sukar dilakukan pada peringkat awal kekecewaan kerana bagi
siapapun masa putus cinta adalah masa yang teramat sukar
untuk dilalui dengan cepat.Namun,daripada anda menangis dalam kesedihan,
berdamai dengan rasa kecewa itu dan
mencari sisi positif dari apa yang terjadi adalah jalan yang terbaik.Ingatlah bahawa setelah kecewa,pasti ada
bahagia di depan sana menanti.Jika anda menuruti saja rasa kecewa
yang dirasakan,ia akan membuatkan anda semakin sukar untuk kembali bangkit.
Berikan waktu khusus untuk
keluar dari rasa kecewa tersebut.Luangkan satu atau setengah jam
bagi diri sendiri bertenang dan merenungi tentang apa yang telah terjadi.Mula-mulanya, mungkin amat sukar dilalui.Tetapi, setelah
beberapa minggu,anda tentu akan menemui fikiran dan semangat baru dalam menghadapi dan melalui kekecewaan
yang dialami tersebut.

Gunakan sebagai pelajaran berharga
Seteruk apapun kekecewaan yang anda
alami,pasti ada pelajaran
berharga di sebaliknya.Anda
dapat menggunakan segala hal tersebut dan
menjadikannya pedoman
untuk melangkah lebih baik lagi
di masa akan datang.Daripada
anda menyiksa diri sendiri,cara terbaik adalah tetap meneruskan rutin hidup anda, bergaul dengan teman-
teman terdekat, dan menerima
keadaan tersebut dengan ikhlas serta memaafkan bekas kekasih anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet