Inilah Yang Harus Dilakukan Dalam Hubungan Anda Sebelum Terlewat



Pernahkah anda mengimpikan akan adanya keajaiban dalam hubungan anda dan pasangan agar bertahan lama dan kekal bahagia?

Jika adanya sesuatu yang bernama 'keajaiban' maka tiada lagi lah masalah dan kesedihan dalam setiap percintaan..

Tetapi sedangkan laut ada pasang surutnya,begitu jugalah dengan percintaan,ada masa bahagia ada masanya masalah melanda.
Ketika masalah melanda janganlah pula kita menganggap diri sendiri malang dan sebagainya.

Lihatlah di sekeliling kita,pastinya ada pasangan yang kekal lama dan bahagia. Mungkin datuk dan nenek kita,ibu bapa sendiri,saudara mara atau pun kawan-kawan.
Kita boleh belajar bagaimana mereka menjaga hubungan mereka yang bertahan lama,kekal dan bahagia.

Penulis juga melakukan hal yang sama dalam meneruskan kehidupan bersama pasangan. Belajar dan mengambil panduan daripada mereka yang terdahulu juga di sekeliling.
Dan berikut ini penulis kongsikan beberapa tips mudah hasil daripada pengalaman sendiri dan pasangan lain sebagai sedikit panduan bagaimana anda boleh berusaha ke arah hubungan yang mampu bertahan lama dan bahagia..

Dating - Kenapa waktu mula bercinta kita boleh selalu dating. Hari-hari pun mesti mahu berjumpa.Tetapi kenapa bila hubungan semakin lama tidak begitu.Sesibuk mana pun kita,luangkanlah sedikit masa bersama - misalnya waktu pulang kerja apa salahnya singgah di warung mamak minum teh tarik dan makan roti canai bersama sambil bercerita hanya berdua. Tak semestinya candlelight dinner baru namanya dating.Apa yang penting masa anda bersama.

Ruang - Walaupun disarankan selalu dating tetapi janganlah pula macam belangkas.Asyik mahu berkepit saja 24 jam.Setiap orang pasti ada masanya ingin bersendiri atau ingin bersama ahli keluarga atau kawan-kawan.Bagilah sedikit ruang kepada pasangan anda melakukan apa yang diingininya sendiri.

Lupakan - Kenapa bila ada sedikit tercuit selalu ingat hal-hal tak baik yang pernah terjadi antara anda dan pasangan? Kenapa tidak lupakan saja. Tak perlu disimpan apa yang tak elok,luahkanlah,maafkan dan lupakan saja.

Enjoy - Rata-rata pasangan memang enjoy dan gembira ketika mula bercinta,tetapi bila semakin lama atau setelah berkahwin kenapa anda jadi terlalu serius? Cubalah enjoy dan have fun sesekali bersama dengan pasangan. Carilah kegiatan apa yang anda berdua suka lakukan, buat sajalah berdua. Contoh anda dan pasangan suka kan permainan komputer,kenapa tidak? Duduk bersama dan main permainan komputer yang anda minati.Enjoy dan have fun bersama.

Tidak Setuju - Setuju lah untuk tidak bersetuju dalam sesetengah perkara. Jangan segan berkata tidak jika anda tidak setuju. Jangan disimpan di hati kerana ingin menjaga hati. Berbincang dan fahamkan pasangan kenapa anda tidak setuju.

Ulang Semula - Refresh kembali saat-saat indah anda dan pasangan. Kenangkanlah waktu anda berdua mula bertemu dan apa yang membuat anda berdua jatuh cinta. Jadikanlah memori- memori indah itu sebagai inspirasi untuk anda menjalani hari-hari hubungan anda berdua.

Memori - Selain anda mengenang kembali memori indah dulu, kenapa tidak juga anda dan pasangan cipta memori indah yang baru. Jadikanlah hari-hari yang anda berdua lalui penuh dengan masa-masa menyenangkan. Carilah masa yang sesuai misalnya harijadi,ulang tahun percintaan atau perkahwinan dan cubalah cipta momen indah antara anda dan pasangan.Jadikanlah momen tersebut sebagai rutin anda dan pasangan setiap tahun. Lama- lama ianya akan menjadi memori indah yang menjadi benteng kukuh hubungan anda berdua.

Jadi,jangan difikir diri malang kerana hubungan sentiasa ada masalah. Mulakan sekarang dengan tips mudah diatas berusaha agar hubungan anda dan pasangan bertahan lama dan berkekalan.

Apa yang penting, setiap pasangan mampu bertahan lama dalam hubungan andai selalu berusaha saling memahami dan melengkapi antara satu sama lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet