6 Titik Ghairah Isteri Minta Suami Kucupi

6 Titik Ghairah Isteri Minta Suami Kucupi
6 Titik Ghairah Isteri Minta Suami Kucupi | Bagi seorang suami, mengetahui keinginan isteri merupakan asas penting dalam mendapatkan hubungan intim yang memuaskan.
Memahami dan arif tentang titik-titik ghairah isteri dan apa yang patut dilakukan akan memberi kelebihan bagi suami untuk lebih memberikan kepuasan kepada isteri.

Untuk itu, hasil dari pembacaan dan sedikit penyelidikan dari naskah-naskah petua seks moden dan juga tinggalan nenek moyang, kali ini saya berkongsi 6 titik ghairah isteri minta suami kucupi ketika berhubungan intim.

Khusus buat para suami, 6 titik ghairah tersebut ialah;

1.Muka
Mungkin ramai suami yang tidak tahu bahawa muka isteri bukan saja cantik dipandang tetapi bahagian muka merupakan salah satu titik ghairah seorang wanita. Mengucup muka isteri dengan lembut dan penuh kasih sayang seolah-olah satu isyarat kepada isteri tentang hasrat dan kemahuan anda.

2.Telinga
Telinga memang dikenali sebagai titik ghairah penting seorang wanita. Jadi suami tidak seharusnya mengabaikan bahagian ini ketika merangsang isteri. Memberikan kucupan dan diselang-seli dengan gigitan-gigitan halus pada bahagian cuping telinga akan membangkitkan ghairah isteri dengan cepat. Sambil itu bisiklah hasrat cinta anda dan menghembus halus nafas ghairah anda ke telinganya pasti akan membuatkan isteri anda lebih asyik.

3.Leher
Leher isteri yang halus mulus juga usah dibiarkan tanpa usikan. Membelai lembut dan mengucupi leher isteri bukan saja membuat dia 'turn on' tetapi anda juga pasti akan lebih berghairah untuk meneroka bahagian lain pada tubuhnya.

4.Tulang Selangka
Ini juga titik ghairah wanita yang jarang diketahui oleh lelaki. Selepas leher, kucupilah tulang selangka isteri dan main-mainkanlah kucupan-kucupan halus anda ke seluruh bahagian ini.

5.Payudara
Seperti lelaki yang mudah terangsang melihat payudara wanita, begitu juga wanita bila payudaranya dibelai dan dimanjakan. Tentu para suami tahu mengucupi bahagian payudara isteri, tetapi janganlah ditumpukan pada bahagian putingnya saja. Terokailah keseluruhannya dengan kucupan-kucupan anda dan jangan dilupakan juga bahagian bawah pangkal payudara kerana bahagian itu sebenarnya memiliki banyak saraf yang menghairahkan isteri bila dirangsang.

6.Pinggul
Bahagian pinggul juga jangan dilupakan jika ingin memberikan kenikmatan kepada isteri. Kucupilah pinggul isteri sambil tangan anda membelai bahagian-bahagian lain tubuhnya. Kucupan pada pinggul akan mengalirkan keghairahan isteri kebahagian 'utama' yang anda tujui.

Semoga apa yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat kepada para suami semua. Satu kesimpulan yang dapat difahami, sebenarnya seluruh bahagian tubuh isteri boleh menjadi titik ghairah baginya jika seseorang suami itu memahami hasrat dan keinginan isterinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet