Ini Kuncinya Hubungan Cinta

Spicesofheart - Inspirasi Cinta Asmara Dan Kehidupan

Ini Kuncinya Hubungan Cinta - Setia merupakan kunci penting dalam setiap perhubungan.Hubungan yang berasaskan kesetiaan antara satu sama lain adalah hubungan yang didambakan oleh setiap orang.

Kesetiaan bererti satu komitmen yang bersungguh sungguh dan tidak dapat dirosakkan dengan mudah.
Untuk menjadi setia, bererti menepati semua janji yang dibuat untuk seumur hidup serta menjaga komitmen yang dijanjikan untuk selamanya.
Jika tidak mampu menepatinya, jangan sesekali melafazkan janji dan mengatakan setia.
Kesetiaan sebuah kata yang mudah untuk dilafazkan tetapi untuk menepatinya memerlukan kejujuran,kesabaran dan komitmen yang sebenar benarnya.

Kesetiaan bukan mainan.Ia tidak akan berubah seiring perubahan masa dan keadaan.
Jika anda setia pada pasangan anda,walau suatu hari apa pun yang menimpa misalnya dia ditimpa kecelakaan dan menjadi cacat,anda mesti tetap bersamanya. Setiap situasi pasti akan datang silih berganti untuk menguji kesetiaan anda.

Kerana itu setiap hubungan seharusnya bersandarkan pada kebenaran dan kejujuran pada permulaannya lagi.
Jika hubungan yang anda mulai berasaskan kebohongan, pasti hubungan itu sukar untuk bertahan kerana kebohongan itu akan terungkap juga oleh masa dan keadaan. Seharusnya setiap hubungan itu bermula dengan kejujuran dari semua aspek. Menipu pasangan agar mempercayai kebohongan anda adalah satu dosa. Anda berdosa pada pasangan, anda berdosa pada hubungan anda, malah anda berdosa pada diri sendiri kerana memaksa diri meneruskan hubungan sedangkan anda tahu hubungan anda sebenarnya hanyalah bersandarkan pada kebohongan.

Ketika anda menetapkan dan berkomitmen untuk setia, semestinya anda tidak akan mempunyai alasan untuk mengingkarinya. Andai anda mengingkari komitmen anda sendiri, anda bukan saja menyakiti pasangan yang telah mempercayai anda, tetapi yang lebih menyakitkan adalah anda juga sebenarnya turut menyakiti diri anda sendiri dengan menjadi manusia yang tidak setia dan tidak dapat dipercayai.

Cinta dan kesetiaan saling memerlukan antara satu sama lain. Jika salah satu tiada maka rosaklah setiap hubungan itu. Ibarat lagu tanpa irama, bagai laut tanpa pantainya. Bagaimana anda boleh berkata cinta pada pasangan anda tetapi tidak setia? Mustahil bukan.

Ingatlah, mencintai dan dicintai itu adalah suatu anugerah yang terbaik buat kita. Dan mengingkari komitmen untuk setia adalah dosa yang nyata melawan kebaikan dan rahmat Tuhan.
Jika anda atau pasangan anda mengingkari kesetiaan dengan kecurangan, yang lain harus menerima dan memaafkan. Namun akan kah hubungan anda berdua tetap sama seperti sebelum berlakunya kecurangan? Jawapannya tentu sekali tidak!
Jadi ada baiknya anda selalu menjadi orang yang jujur dan setia. Sebelum cuba berkomitmen pada pasangan, cubalah berkomitmen pada diri anda sendiri. Mula berkomitmen pada perkara-perkara yang kecil dalam hidup akan mengajar anda lebih berkomitmen pada perkara yang lebih serius. Semoga anda akan mampu menjadi antara orang yang setia dalam hubungan cinta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet