Ini Tangkal Wanita Buat Lelaki Tunduk



Lelaki yang tergolong dalam kategori lelaki baik-baik tidak melihat keseksian tubuh wanita sebagai alasannya untuk mencintai wanita itu.

Pastinya anda seorang wanita juga tidak ingin dicintai oleh seorang lelaki yang hanya menilaimu dari penampilan luaran saja.
Tidak dinafikan mata manusia terutamanya mata lelaki sememangnya mudah tertarik kepada kecantikan dan keindahan kaum wanita,tetapi jika kerana itu yang membuatkan si dia mencintaimu apakah cinta yang ada itu memiliki asas yang kukuh untuk berterusan?

Tentunya tidak bukan? Apa pendapat anda? Bagi saya sudah tentu tidak sama sekali.
Sebagai seorang lelaki,saya mengakui kaum lelaki sebenarnya memiliki ego tersendiri yang amat kompleks.
Kadang-kadang seorang lelaki itu ingin memiliki wanita yang cantik yang seksi adalah atas dasar 'tanpa sedar' didorong oleh sikap 'tidak mahu kalah' kepada kaum sejenis atau kerana ingin 'merasakan' diri sendiri 'hebat'. Walaupun kemahuan sebenarnya berlainan sama sekali.

Sebenarnya seorang lelaki baik baik mencintai seorang wanita kerana melihat kualiti yang terbaik dalam diri seseorang wanita itu. Bukan hanya sekadar melihat kepada kecantikan paras rupa dan keseksian tubuh badan semata-mata.

Umumnya seorang lelaki itu sebenarnya amat memerlukan wanita yang  memiliki beberapa karakter atau kualiti seperti yang dinyatakan dibawah ini.

Ada Sifat Humor Yang Cerdas Dan Menghibur
Ramai lelaki yang ternyata mudah tertarik dan senang berada bersama wanita yang ada sifat humor yang menyenangkan.Wanita yang kadangkala suka berjenaka dan pandai menghangatkan serta meriangkan suasana akan membuatkan lelaki merasa tenang,selesa dan pastinya ingin terus berada bersama. Dalam setiap hubungan, cinta saja pastinya tidak cukup untuk kekal bertahan. Tentunya perlukan asas yang lain. Jadi sifat humor anda yang menyenangkan pasti akan membuatkan si dia terus 'melekat' dengan anda.

Percaya, Yakin Diri Dan Berani Bersuara
Makin terserlah kecantikan seseorang wanita itu bila dia mempercayai dan yakin dengan dirinya sendiri. Apatah lagi bila wanita itu berani bersuara dan menyatakan pendapatnya. Sikap seperti ini akan menampakan seseorang wanita itu memiliki kematangan dan punya kekuatan yang tersendiri. Seperti ungkapan bijak pandai - "Tiada yang lebih cantik daripada seorang wanita yang yakin diri dan tidak berpura-pura menjadi orang lain yang bukan dirinya".

Tahu Menghargai
Lelaki mana yang tidak suka dihargai apatah lagi di beri pujian dan sanjungan? Bukankah seseorang lelaki itu memiliki egonya masing-masing. Bila anda seorang wanita yang tahu menghargai pada waktu- waktu tertentu,seperti memberikan tahniah atas sesuatu kejayaan si dia, pastinya ianya menunjukkan anda adalah seorang wanita yang mempunyai kualiti diri dan berkeperibadian tinggi. "Cinta yang agung adalah bagaimana anda menghargai si dia, bukannya apa yang anda rasakan terhadapnya".

Bersemangat Dan Bercita-cita Seorang wanita yang punyai semangat  mewujudkan sesuatu atau impian yang diingininya akan membuatkan orang yang berada bersamanya ikut termotivasi. Sikap sebegini membuatkan anda jauh daripada seseorang yang membosankan kerana orang lain akan terikut cergas dan terinspirasi dengan semangat anda yang sentiasa 'hidup'.

Jadi,adakah anda seorang wanita yang memiliki salah satu sikap atau karakter di atas? Tentu ada kan? Dan apa yang paling penting adalah, tak kira siapa pun kita, tetaplah jadi diri kita sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet