Inilah Cara Paling Mudah Atasi Pasangan Sensitif

spicesofheart.com

Anda tengah bercinta? Adakah pasangan anda itu seorang yang sensitif?

Inilah salah satu cabaran dalam bercinta. Kadangkala orang yang kita sayang itu terlalu sensitif orangnya. Mudah sekali tersinggung. Namun apa nak buat.. dah namanya sayang jadi biar sajalah..

Tapi, cukupkah sekadar membiarkan si dia dengan perangainya tu? Kalau sekali sekala mungkin tak apa. Kalau tiapkali berjumpa sikit-sikit tersinggung sikit-sikit merajuk,huru hara jadinya kan?

Nah,bagi anda yang punya pasangan yang sensitif,mudah tersinggung dan cepat merajuk, ini ada beberapa tips yang mungkin boleh anda cuba. Mana tau si dia lambat laun akan berubah.

1. Tanya Kenapa Dia Mudah Tersinggung
Cuba tanya pasangan anda kenapa dan apa sebabnya dia mudah sekali tersinggung. Ini kerana kebanyakan orang yang sensitif ini sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu dengan jelas kenapa dia mudah tersinggung. Bantulah pasangan anda mengenali perasaannya sendiri agar dia mampu sedar bahawa sikapnya itu terlalu kebudak-budakan.

2. Mesti Bertegas
Sebagai pasangannya, anda juga berhak marah kalau sikap sensitifnya sudah terlalu berlebihan dan tidak terkawal. Perlu sedikit ketegasan menghadapi si dia yang mudah tersinggung dan cepat merajuk agar dia tahu sesetengah hal terutama yang remeh temeh tidak perlu di perbesar-besarkan.

3. Biarkan Dia Sendiri
Anda sudah cuba menasihati dan memarahinya,namun sikapnya tidak juga berubah. Malah setiap kata-kata anda langsung tak memberi kesan. Jika begini, seeloknya anda biarkan saja dia sendiri. Menjauhlah daripadanya beberapa ketika. Tujuannya agar dia dapat merenungi dan memahami dirinya sendiri agar dia dapat belajar menyedari akan kesalahan yang telah dilakukannya.

4. Minta Bantuan Orang Yang Lebih Dihormati Olehnya
Jika segala cara yang anda lakukan tidak berhasil, tidak salah jika anda meminta bantuan orang yang lebih dihormati dan disegani olehnya. Mungkin juga kakak atau abangnya,mungkin ibu bapanya atau mungkin sahabat karibnya. Kemungkinan si dia mendengar nasihat  dan teguran orang yang lebih dihormatinya lebih tinggi. Mana tau si dia mampu sedikit berubah. Tentu tak salah kan bila dah sayang.

Sememangnya menghadapi pasangan yang sensitif amat sukar dan boleh memeningkan kepala. Malah sikap pasangan begini amat menguji kesabaran.
Adakah anda pernah mengalami pengalaman dengan orang yang sensitif dan mudah tersinggung? Atau anda ada tips yang boleh dikongsikan? Jika ada boleh kongsikan diruangan komen. Mana tau boleh dijadikan panduan berguna oleh orang lain. Sesungguhnya berkongsi itu sesuatu yang baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet