Kejahatan Terselindung Wanita Terhadap Lelaki

Spicesofheart - Inspirasi Cinta Asmara Dan Kehidupan

Kejahatan Terselindung Wanita Terhadap Lelaki- Kita kenali wanita sebagai makhluk yang penuh dengan sifat-sifat lemah lembut dan penyayang. Namun di balik sifat kelembutan seseorang wanita itu, pasti tidak disangkakan ada terselindungnya kejahatan yang mampu memberi kesan buruk kepada lelaki.

Kejahatan-kejahatan itu memang sering dilakukan oleh wanita cuma mungkin kurang disedari lantaran diselindungi oleh sifat kelembutan yang ada pada mereka.
Tak sangka bukan? Berikut ini bukti-buktinya;

1 -  Sengaja Buat Lelaki Cemburu
Ini nyata memang sering dilakukan oleh wanita. Kadangkala wanita sengaja melayan usikan atau pujukan lelaki lain hanya untuk melihat tindakbalas pasangannya. Tujuannya untuk menimbulkan rasa cemburu pasangan dengan alasan mahu melihat sejauh mana perasaan pasangan terhadap dirinya. Padahal apa yang dilakukan oleh wanita membuat emosi pasangannya jadi tertekan dan menderita.

2 - Menguji Cinta
Untuk mencari kepastian bahawa dirinya telah bersama lelaki yang tepat, wanita sering sengaja menguji cinta pasangannya. Ujian wanita kepada pasangannya ternyata dalam berbagai bentuk, samada dalam bentuk fizikal,hati dan perasaan. Kadangkala menguji pengorbanan, kadangkala menguji kesabaran. Sedangkan seharusnya setiap hubungan itu samada serasi atau tidak akan terungkap dengan sendiri sepanjang perjalanan hubungan itu.
Ujian yang dilakukan kadangkala membawa lebih kesan buruk berbanding baik.

3 - Ambil Kesempatan
Mungkin ramai wanita bakal menafikannya tetapi inilah realiti yang berlaku secara nyata. Bila ada lelaki yang meminati dan mendekati dirinya, walaupun tidak semua tetapi ada wanita yang sengaja mengambil kesempatan. Walau bukan betul-betul menyukai lelaki tersebut tetapi wanita sengaja memberi 'signal' demi mempergunakan lelaki itu.
Contohnya...ada wanita yang sengaja membenarkan lelaki mendekati dirinya untuk dijadikan tukang hantar pergi dan balik kerja, jadi pemandu untuk kemana-mana, malah lebih teruk jadi 'mesin ATM' bila dalam kesempitan.
Kemudian bila lelaki ingin lebih serius, ketika itulah bermacam-macam alasan diberikan hingga akhirnya lelaki jugalah yang kecewa sendiri.

4 - Merahsiakan Status
Ini biasanya sering dilakukan oleh wanita yang 'popular' di mata lelaki. Kerana menyedari dirinya tengah 'laku' dan dikejar oleh ramai lelaki, ada wanita yang sengaja merahsiakan status dirinya. Memanglah hakikatnya manusia, siapa yang tak suka jadi perhatian dan menerima layanan istimewa dari orang lain. Kebiasaan lelaki bila meminati seseorang wanita pasti akan buat apa saja demi meraih cinta wanita tersebut.
Disinilah wanita memainkan peranannya. Oleh kerana tidak ingin melepaskan perhatian dan layanan istimewa yang diberikan, wanita sengaja merahsiakan bahawa dirinya sebenarnya sudah berpunya padahal tindakannya itu boleh membawa kesan buruk pada dirinya sendiri dan orang lain.

5 - Menggunakan Airmata
Sekuat mana pun seseorang lelaki itu, pasti tidak akan sanggup melihat wanita menangis. Apalagi jika wanita itu adalah orang yang dicintainya.
Rata-rata lelaki akan luluh hatinya bila melihat airmata wanita menitis. Namun keadaan ini sering digunakan oleh wanita sebagai asas manfaat agar lelaki menuruti kemahuannya.

Inilah antara bukti-bukti kejahatan terselindung yang sering dilakukan wanita terhadap lelaki. Apa pandangan anda?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet