Kesan Positif Sikap Ego

Kesan Positif Sikap Ego-Spices Of Heart

Kesan Positif Sikap Ego | Ego merupakan sifat manusia yang azali. Ini kerana lumrah manusia itu mementingkan kepentingan peribadi diatas kepentingan bersama.
Sikap ego adalah sikap yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya terhadap orang lain. Malah seseorang yang ego tidak pernah mempedulikan setiap tindakan dan kelakuannya merugikan orang lain atau sebaliknya.

Dari kenyataan diatas kita akur bahawa sikap ego adalah sikap yang negatif, namun kadangkala dalam kehidupan kita adakalanya sikap ego ini perlu ada dalam diri seseorang. Bersikap ego sedikit kadangkala akan membawa kesan positif dalam keadaan tertentu.
Antara kesan positif bagi seseorang yang bersikap ego adalah;

* Orang yang ego lebih cenderung menjaga diri sendiri dengan lebih baik. Dia lebih memperuntukkan waktu untuk keperluan diri sendiri. Menjaga penampilan,menjaga kesihatan dan kebajikan dirinya.

* Orang yang ego lebih optimistik. Dia pantang menyerah kalah dan kuat berusaha dalam mencapai matlamatnya. Dia akan melakukan apa saja untuk mencapai apa yang di inginkannya.

* Sikap ego juga adakalanya bagus dalam sesebuah hubungan. Orang yang ego akan lebih berani membuat keputusan tertentu dan bertindak demi kebahagiaan hubungannya.

* Orang yang ego pasti akan mementingkan keinginannya sendiri dulu daripada orang lain. Dia akan memenuhi tuntutan dirinya dan membahagiakan diri sendiri. Malah dia tahu haknya untuk tidak mengorbankan kebahagiaan sendiri demi orang lain. Bukankah untuk hidup lebih bahagia kita perlu membahagiakan diri sendiri sebelum membahagiakan orang lain.

Jadi ternyata sikap ego itu tidak selalunya negatif. Ada juga kebaikannya bila kadang-kadang kita bersikap ego sedikit. Namun begitu biarlah sesuai dengan keadaannya agar sikap ego kita tidak membawa kesan buruk kepada orang lain. Sekian,semoga bermanfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet