Laluilah Malam Penuh Kemesraan

Laluilah Malam Penuh Kemesraan - Spices Of Heart

Laluilah Malam Penuh Kemesraan - Wahai suami isteri sekalian...
Sama-samalah kita semua berpesan pada diri masing-masing, laluilah malam penuh kemesraan.

Ingatlah, sebagai pasangan suami isteri Muslim, kita wajib menjaga kemesraan hubungan kita. Ini kerana Islam sendiri memerintahkan agar rumahtangga umat Islam harus tetap terjaga kerukunan dan keharmoniannya.

Kemesraan pasangan suami isteri khususnya kemesraan malam hari tidak harus diremehkan sama sekali. Malah Rasulullah SAW dalam sebahagian hadithnya menyuruh setiap pasangan suami isteri tidak membiarkan penampilan yang selekeh, kotor dan berbau yang tidak menyenangkan. Pesan Rasulullah SAW dalam salah satu hadithnya kepada para lelaki antara lain; "Janganlah kamu (kaum lelaki) berpenampilan kotor dan bau, seperti penampilan orang-orang Yahudi ketika berhadapan dengan isteri-isteri mereka. Kerana banyak wanita-wanita Yahudi yang menyeleweng lantaran suami-suami mereka berpenampilan kotor!".

Adalah amat tidak adil jika isteri saja yang dituntut memberikan layanan yang sebaik-baiknya sedang suami tidak mempedulikan penampilan diri sendiri. Malah sesungguhnya seorang wanita diberi pilihan atau kebebasan oleh Islam untuk berpisah dari pasangannya apabila penampilan pasangan tidak memuaskan dirinya.
Hal ini pernah terjadi di zaman Nabi SAW, ketika seorang wanita datang menghadap beliau mengadukan persoalan rumahtangganya. Wanita itu mengatakan, dia ingin cerai dari suaminya, lantaran penampilan suami yang tidak menarik hatinya. "Saya khuatir saya tidak mampu taat kepadanya, hingga saya ingin bercerai darinya," tuturnya pada Nabi SAW. Setelah panjang lebar mendengarkan pengaduan wanita itu akhirnya Nabi SAW mengabulkan permohonannya.

Demikian juga sebaliknya. Islam juga memerintahkan para isteri memberikan layanan yang sebaik mungkin jika tidak ada alasan-alasan munasabah menyebabkan dia harus menolak ajakan suaminya. Para isteri yang baik, ingatlah memenuhi keinginan suami itu merupakan ibadah mulia.

Ajakan suami untuk berhubungan intim tidak seharusnya dipandang isteri sebagai aktiviti yang bertujuan hanya sekadar untuk memenuhi keperluan syahwat suaminya.
Namun si isteri harus melihatnya sebagai salah satu asas penting untuk memelihara kehormatan suami, menundukkan pandangannya, menjadikan dia taat dengan agamanya, serta menjadikannya seorang yang profesional dalam pekerjaannya.
Fikirkanlah, siapa yang patut disalahkan, bila seorang suami memandang wanita lain kerana si isteri menolak ajakannya untuk berasmara di malam hari? Ketika haus syahwat si suami tidak mendapat air seperti yang diharapkannya?

Fahamilah, dalam keadaan apa pun, kemesraan dan keintiman suami isteri pada malam hari seharusnya tidak terganggu oleh berbagai beban fikiran.
Kita boleh mengambil ikhtibar dari kisah Ummu Sulaim, sohabiyah yang amat bijak ketika menghadap suaminya pada malam hari. Sedangkan waktu itu dia baru saja kehilangan anak lelaki tercintanya.
Ketika itu seorang anak Abu Thalhah (suami Ummu Sulaim) sedang sakit kuat. Kemudian Abu Thalhah berpergian dan sebelum pulang, anaknya telah meninggal dunia.
Ketika pulang ke rumah, Abu Thalhah bertanya kepada isterinya;"Bagaimana khabar anakku?" Ummu Sulaim (isterinya) menjawab; "Dia lebih tenang dari sebelumnya." Kemudian Ummu Sulaim menghidangkan makan malam dan Abu Thalhah pun menyantapnya. Dia juga melakukan hubungan suami isteri dengan sebaik mungkin.
Setelah semuanya selesai, barulah Ummu Sulaim mengadukan hal anak mereka yang sebenarnya kepada Abu Thalhah.  Dipendekkan cerita, Abu Thalhah gusar mendengar pengakuan isterinya. Dia menilai bahawa isterinya telah berdusta, hingga dia mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Tapi di luar dugaan Abu Thalhah, ternyata Rasulullah SAW membenarkan tindakan Ummu Sulaim. Perbuatan Ummu Sulaim yang bermaksud untuk tidak ingin merosakkan suasana romantiknya dengan suami, dipuji  Rasulullah SAW.
Sejumlah riwayat menyebutkan sebagai berikut. Rasulullah SAW bersabda; "Apabila salah seorang diantara kamu tertarik oleh seorang wanita, lalu muncul keinginan di dalam dirinya..., maka hendaklah ia menemui isterinya, dan berhubungan badan dengannya. Sebab dengan begitu, dia dapat mengendalikan dirinya." (HR Muslim). Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa, sementara suaminya bersamanya (bukan dalam berpergian), kecuali dengan izinnya.

Sungguh mulia jika seorang isteri mampu memberikan kepuasan kepada suaminya. Bayangkanlah, suami anda berjaya menundukkan pandangannya dari wanita lain, menyelamatkan dia dari perbuatan zina kerana anda isterinya  memenuhi ajakannya malam hari. Bukankah anda berperanan besar dalam menyelamatkan suami anda dari perbuatan dosa?
Fikirkanlah... Jika suami anda bekerja dengan fikiran yang tenang, lapang dada, dan melakukan kerja-kerjanya dengan bersemangat kerana apa yang anda berikan padanya malamnya, sungguh perbuatan anda sangat bererti bagi kerjaya. Dia tentu akan lebih produktif, dan melakukan kerja-kerjanya dengan sebaik-baiknya. Sebaliknya, cubalah bayangkan, sekiranya suami anda bekerja dengan fikiran tidak tenang, selalu salah, gugup menghadapi orang serta tidak bersemangat dalam menyelesaikan kerja-kerjanya, sebab dia turun bekerja dalam keadaan hati yang gundah kerana anda telah menolak ajakannya, dan tidak peduli dengan haus syahwatnya.
Kerana itu Rasulullah SAW menjanjikan bagi wanita yang memberikan layanan baik kepada suaminya, pahala yang sepadan dengan setiap kebaikan yang dilakukan oleh suami kepadanya. Tidak diragukan lagi, bahawa menuruti ajakan suami adalah salah satu bentuk ibadah mulia di sisi Allah 'Azza wa Jalla.
Jika suami telah menjaga kehormatannya, menundukkan pandangannya, bekerja dengan profesional, dan mendapatkan pahala atas semua kebaikan tersebut, maka tidak diragukan bahawa isteri akan mendapat pahala yang sepadan dengan pahala yang didapat oleh suaminya.
Jadi tunggu apa lagi, malam ini laluilah dengan penuh kemesraan bersama pasangan anda sebaik yang mungkin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet