Tips Mudah Eratkan Keintiman Suami Isteri

Spices Of Heart - Inspirasi Cinta Asmara Dan Kehidupan

Tips Mudah Eratkan Keintiman Suami Isteri - Dalam hidup berumah tangga, keintiman antara suami isteri merupakan kunci utama kebahagian hubungan. Namun semakin lama hidup bersama apalagi jika mempunyai anak-anak, banyak pasangan yang seakan-akan mengabaikan keintiman antara satu sama lain. Antara alasan yang kerap didengar, sibuk kerja,anak-anak dah besar pun, dah biasa dah dan macam-macam lagi.

Padahal sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan untuk suami isteri mengeratkan keintiman berdua agar hubungan semakin hari semakin kukuh dan harmoni sentiasa. Contohnya semaklah tips-tips berikut;

Komunikasi
Ramai yang menganggap keintiman suami isteri bersandarkan pada kehidupan seksual semata-mata tetapi tidak semestinya. Banyak lagi hal-hal sederhana lain yang boleh menambah eratkan kemesraan antara satu sama lain. Misalnya berbual-bual sebelum tidur(pillow talk) dan bercerita tentang aktiviti harian masing-masing. Mendengar dan memberi perhatian pada apa yang diceritakan pasangan sambil memicit-micit leher atau bahunya yang penat seharian bekerja. Pasti pasanganmu akan senang dan lapang hati dengan perlakuanmu.

Berhibur Bersama
Jika mampu sekali sekala pergilah bercuti hanya berdua saja. Carilah tempat percutian yang tenang untuk meluangkan masa bersama sambil mengimbas kembali masa-masa indah anda berdua bercinta,bertunang dan mula-mula berkahwin dulu.
Jika tidak anda dan pasangan boleh juga mencari masa dirumah berdua-duaan tanpa gangguan sesiapa. Bergembiralah berdua misalnya anda berdua berkaraoke bersama atau pun menonton movie kegemaran bersama.

Aktiviti Hujung Minggu
Melakukan aktiviti bersama ketika hujung minggu seperti membersihkan rumah atau memasak bersama boleh menjadi aktiviti sederhana yang boleh mengukuhkan lagi ikatan suami isteri. Rasakanlah perasaan bersatu dan harmoni saat anda berdua bekerja bersama-sama.

Mandi Bersama
Seharian penat bekerja pasti akan lega jika anda dan pasangan boleh mencari waktu untuk sesekali berendam atau mandi buih bersama. Sediakanlah lilin dan bahan aroma terapi agar suasana jadi lebih romantik.

Demikian tips-tips sederhana yang boleh dilakukan untuk mengeratkan keintiman suami isteri.
Kesimpulan yang mudah, ternyata komunikasi dan waktu bersama antara suami isteri itu penting di titikberatkan agar hubungan akan terus utuh,kekal dan berbahagia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet