Wah! Mudah Rupanya Nak Bahagia

spicesofheart.com

Di dunia ini , siapa pun kita, apa pun taraf kita, seharusnya ia bukanlah penghalang untuk kita hidup bahagia dan menikmati hidup sepenuhnya.

Cubalah lihat disekeliling kita, ada orang yang serba kekurangan tetapi hidupnya terlihat sentiasa senang dan aman. Mereka mampu hidup dengan sentiasa tersenyum dan bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Manakala ada pula yang memiliki segalanya tetapi kita lihat hidup mereka seakan - akan sentiasa ditanggung beban yang amat berat.

Terinspirasi dari penulis buku '15 Things You Need to Give Up to Be Happy' - Luminita D. Saviuc , saya kongsikan beberapa perkara yang harus kita buang dari diri kita andai ingin hidup bahagia dan mampu menikmati hidup kita seadanya.

1. Ketakutan
Walau mungkin ramai yang akan menafikannya, namun ini lah hakikatnya. Kebanyakan daripada kita semua sentiasa berasa takut, khuatir dan risau. Kita sentiasa takut tidak cukup belanja, khuatir dengan kerja yang tak siap,risau dengan perangai anak-anak malah bimbang memikirkan tentang perkara-perkara yang belum terjadi.
Setiap hari perasaan dan fikiran kita disogokkan dengan hal-hal negatif yang datang dari diri kita sendiri. Ada orang takut kehilangan kekasih, ada orang takut di asingkan oleh sahabat,ada orang takut dimarahi oleh majikan - hal-hal remeh yang negatif seperti inilah yang membuatkan kita jarang bersyukur dan melalui hari-hari hidup kita dengan tenang. Andai kata kita tolak hal-hal negatif tersebut dan berfikir serta berperasaan lebih positif, sudah tentu hidup kita akan menjadi lebih mudah, kita pasti lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang dan menerima apa saja yang berlaku samada baik atau buruk sebagai satu ketentuan Tuhan. Yang baik kita jadikan landasan untuk kearah yang lebih baik, manakala yang buruk kita jadikan panduan mengubah hidup kearah yang kita impikan.

2. Sangkaan Buruk Terhadap Diri Sendiri
Mutiara kata seorang bijak pandai - 'Anda seharusnya jadi sahabat dengan dirimu sendiri, kerana anda selalu jatuh bukan kerana orang lain tetapi sikap buruk dan permusuhan dengan diri sendiri'.
Betul kan? Ramai daripada kita selalu bermusuh dengan diri sendiri. Kita kerapkali menidakkan kemampuan diri kita sendiri, kerapkali berfikir negatif - itu tak boleh,ini tak boleh. Jika begini sampai bila kita akan merasa bahagia andai diri sendiri yang menghalang kita melakukan apa yang kita ingini.

3. Masa Yang Lepas
Yang lepas biarkanlah berlalu. Seteruk mana pun perkara yang pernah terjadi keatas diri dan kehidupan kita pada masa lalu, sebaiknya kita haruslah menerima dan berdamai dengan masa lalu kita tersebut. Seteruk mana pun perkara yang pernah terjadi jadikanlah ianya batasan agar kita tidak mengulanginya lagi. Dan meneruskan hidup seadanya.

4. Terikat Dengan Dunia
Inilah hakikatnya yang membuat kita semua sukar hidup dengan aman, tenang dan bahagia. Kita sering berfikir tentang keperluan material dunia. Ingin kereta mewah dan besar,ingin duit banyak di bank, ingin jadi bos syarikat besar dan macam- macam lagi keinginan dunia yang memenuhi fikiran dan hati kita.
Amat penting kita megatakan pada diri sendiri dan memahaminya bahawa itu semua tidak akan kekal selamanya. Dengan itu kita akan menjadi lebih bersyukur dan mudah menerima sesuatu yang berlaku kepada kita samada lebih atau kurang dengan tenang dan terbuka. Pasti kita akan lebih mudah melalui hari-hari kita dan tentunya kita akan sedikit demi sedikit merasa bahagia dan mula menikmati hidup ini seada-adanya.

Ingatlah, hidup cuma sekali. Maka buanglah perkara-perkara diatas dan bergembira serta nikmatilah hidup ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet