Wanita - 3 Amalan Mudah Atasi Bau Vagina

spicesofheart.com - inspirasi cinta asmara dan kehidupan

Bau ketiak dan bau badan sememangnya amat di jaga oleh mana-mana wanita sekalipun. Selain itu, walau tidak secara terang-terangan ada satu lagi bau yang cukup dititikberatkan oleh wanita iaitu bau pada vagina.

Hakikatnya,setiap wanita itu sebenarnya memiliki aroma yang berbeza-beza dan setiap wanita secara umumnya amat menjaga hal yang satu ini dan amat sensitif dengan bau sendiri walaupun tak bererti orang lain dapat menghidunya.

Faktanya,bau vagina seberapa sihat sekalipun tidak akan memiliki bau wangi seperti bunga. Mengikut kajian- kajian kesihatan seks, bau vagina yang sihat sebenarnya baunya seakan-akan bau hamis. Manakala banyak faktor yang menyebabkan bau yang berlebihan dan tidak menyenangkan pada vagina seperti adanya jangkitan, pengeluaran peluh dan perubahan hormon pada struktur menstruasi.

Lalu, apakah caranya bagi wanita mengurangkan bau vagina yang berlebihan? Hasil dari pembacaan jurnal-jurnal kesihatan seks, berikut saya kongsikan 3 amalan mudah  yang boleh di praktikkan bagi wanita menjaga bau pada vagina,

1 - Agar terhindar dari bau yang tidak menyenangkan, pastikan anda rajin membersihkan vagina anda. Gunalah cecair pembersih vagina yang selamat yang banyak terdapat di pasaran.

2 - Pastikan vagina anda tidak berkeadaan basah sebelum mengenakan pakaian dalam. Anda tentu maklum bahawa mikro organisme mudah membiak dalam keadaan yang lembab. Selain itu rajin-rajinlah mengganti pakaian dalam anda.

3 - Satu perkara yang sangat disarankan adalah menggunakan pakaian dalam yang diperbuat daripada 100% kain kapas. Walaupun kurang terlihat seksi berbanding pakaian dalam yang diperbuat daripada bahan lycra atau polyester, tetapi kain kapas strukturnya lebih sejuk manakala lycra dan polyester yang agak panas akan menyebabkan vagina cepat berpeluh.

Jadi inilah 3 amalan mudah bagi wanita menjaga bau vagina daripada bau yang berlebihan dan tidak menyenangkan. Semoga bermanfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet