7 Perkara Terpendam Lelaki Sukai Pada Wanita

Walaupun sifat seseorang lelaki itu berbeza-beza tetapi rata-ratanya memiliki banyak persamaan tentang perkara yang menentukan wanita yang disukainya.

Beberapa perkara asas inilah yang membuatkan seseorang lelaki jatuh hati dan mengagumi seseorang wanita. Namun amat sedikit di kalangan wanita yang mengetahuinya kerana perkara-perkara ini biasanya tidak diluahkan oleh lelaki dengan kata-kata.

Ingin tahu?
Berikut 7 perkara terpendam lelaki sukai pada wanita ;

1. Tunjuk Rasa Hormat
Jika ingin membuat teman lelaki jatuh hati pada anda,yang pertama perlu dilakukan adalah menghargai dia. Hormati dirinya sebagai seorang lelaki dan sebagai seseorang yang mampu membimbingmu ke arah yang lebih baik.

2. Minta Bantuan
Walaupun rata-rata lelaki tak begitu suka pada wanita yang sering bergantung harap pada orang lain, namun jika anda selalu melakukan semua perkara sendiri dan terlalu berdikari, kadang-kadang keadaan ini juga boleh membuat lelaki berkecil hati dan merasa harga dirinya tak dipedulikan.
Lelaki juga ingin merasa dirinya diperlukan. Jadi pamerkanlah hal itu. Walaupun anda mampu melakukan sendiri tetapi tidak salah jika sesekali minta bantuannya. Apalagi jika ianya untuk perkara-perkara yang kebiasaannya 'perkara lelaki' contohnya mengangkat barang berat atau lain-lainnya.

3. Berilah Pujian
Wanita yang dicintai lelaki adalah wanita yang membuat dirinya terlihat bererti dan berharga. Jadi ringanlah mulut memberikan dia pujian bila dia melakukan sesuatu yang baik.
Lumrah,tak ada siapa yang tidak suka bila mendengar hal-hal yang menyenangkan hati apatah lagi hal-hal elok tentang diri sendiri. Maka, tunjukkanlah penghargaanmu pada si dia dengan kata-kata.

4. Jadilah Sahabatnya
Ramai yang tersilap, kadang-kadang bila bercinta anda sering hanya menjadi 'kekasih' nya dan title itulah yang membuat lelaki kadangkala lebih betah dan selesa keluar bersantai dengan teman-temannya.
Tapi jika anda ingin menjadi wanita yang selalu disukainya, anda juga seharusnya mampu bukan saja menjadi kekasih tetapi juga mampu menjadi sahabatnya. Kekasih yang sekaligus mampu menjadi sahabat bersantai adalah seorang kekasih yang hebat.

5. Tampil Terbaik Untuknya
Biarlah dia tahu bahawa anda selalu ingin terlihat menarik di matanya. Banyak cara, misalnya dengan berpakaian rapi, wajah cantik, dan menjaga bentuk tubuh. Mengamalkan senaman dan olahraga amalan yang baik membuat dirimu lebih menarik di matanya. Kebanyakan lelaki suka pada wanita yang tahu menjaga kesihatan diri.

6. Mintalah Pendapat Dan Pandangannya
Rata-rata lelaki ingin berada disisi wanita yang disukainya ketika wanita itu berada dalam masalah. Untuk menghargainya,cubalah minta pendapat dan pandangannya apabila anda menghadapi masalah. Tentu teman lelakimu suka dan berbesar hati bila dia berguna untukmu dan dapat membantu masalahmu.

7. Buatlah Dia Merasa Percaya Diri Dan Berdikari
Membuat dia percaya bahawa anda tidak akan berpaling darinya akan menjadikan teman lelaki anda lebih percaya diri dan tidak mudah merasa cemburu.
Sesekali berilah dia ruang dan biarkan dia menghabiskan waktu tanpa anda. Ini akan membuatnya mudah rindu dan selalu ingin kembali padamu.

Jadi itulah 7 perkara terpendam lelaki sukai pada wanita tanpa harus mengatakannya.
Walaupun kadangkala lelaki pun sukar ditafsir hati dan perasaannya, tetapi diharap apa yang dijelaskan boleh menjadi asas untuk anda menjadi wanita yang terbaik buat teman lelaki anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet