Manfaat Kesihatan Perkahwinan Bahagia
Dalam hidup seseorang manusia di muka bumi ini, perkahwinan merupakan salah satu langkah terpenting dan utama demi melengkapkan kehidupan yang dijalani.
Malah dari saat bermulanya sebuah perkahwinan merupakan sesuatu yang amat dihargai setiap manusia. Dan setiap orang yang berkahwin menginginkan perkahwinan yang harmoni dan bahagia sampailah maut yang memisahkan.
Bukan sekadar lumrah bukan sekadar keinginan azali manusia, ternyata sesebuah perkahwinan yang bahagia memberikan kesan dan manfaat yang baik dalam hidup seseorang dari segala segi termasuklah manfaat dalam kesihatan minda dan tubuh badan seperti yang dihuraikan di bawah,
1 - Bila seseorang itu memiliki dan berada dalam sebuah perkahwinan yang aman,harmoni dan membahagiakan, tanpa sedar dirinya akan terdorong untuk sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri kerana ingin hidup lama dengan pasangan. Pasangan yang perkahwinannya bahagia cenderung memiliki kehidupan harian yang lebih teratur termasuk juga memiliki pola tidur dan pola makan yang lebih baik yang akan secara langsung boleh membuatkan tubuh lebih sihat.
2 - Dengan perkahwinan yang bahagia seseorang itu juga tentunya akan terhindar dari stress yang berlebihan.
Mengikut kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 dalam sebuah jurnal kesihatan yang bertajuk ‘Stress’, perkahwinan yang bahagia terbukti mampu membuatkan tubuh manusia untuk mengeluarkan hormon kortisol yang cukup untuk melawan gejala stress pada seseorang.
Memiliki pasangan hidup dalam perkahwinan yang damai terbukti membuatkan seseorang terhindar dari gejala stress yang biasa dialami oleh orang-orang berumur 50 tahun ke atas.
3 - Seseorang yang bahagia dalam perkahwinannya biasanya akan lebih terjamin hidupnya kerana ada yang sentiasa menjaga dan mengambil berat perubahan apapun yang terjadi pada keadaan kesihatannya.
4 - Perkahwinan yang bahagia akan membuatkan seseorang itu memiliki daya tahan yang lebih kuat terhadap tekanan dan serangan kemurungan di usia-usia tua. Ini kerana perasaan yang sentiasa gembira dan bahagia dapat menjaga ketenangan dan kestabilan mentalnya.
Jadi kepada pasangan yang sudah berkahwin (juga pada yang merancang dan akan berkahwin), berusahalah membahagiakan perkahwinan demi manfaat yang terbaik dalam kehidupan kita di muka bumi ini.
Semoga apa yang di kongsikan ini sedikit sebanyak ada manfaatnya.

Ulasan
Catat Ulasan
Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.