Fakta Dibalik Asyiknya Kucupan

Spices Of Heart

Fakta Dibalik Asyiknya Kucupan-Bermesra-mesraan dan saling bertukar-tukar kucupan memang amat menyenangkan.Kucupan menjadi kunci utama kepada kedekatan dan keintiman antara pasangan.Di saat bibir bersatu,tubuh bersentuhan, seluruh perasaan cinta dan sayang terkumpul memacu keinginan terus bersama.

Memangnya indah bila pasangan yang berkasih-kasihan saling berkucupan.Ternyata seluruh jiwa raga ibarat tenggelam dibuai keghairahan dan keasyikan.
Namun,bukan itu saja rupanya.Dibalik asyiknya kucupan,ada beberapa fakta yang menarik dan elok diketahui oleh pasangan yang dilamun cinta.

Berikut fakta-fakta tersebut...

Tiada Formula Tepat
-Kucupan yang baik dan menyenangkan sebenarnya tidak memerlukan sebarang formula atau teknik yang tepat.Bila lelaki dan wanita yang memiliki hubungan emosional yang kuat berkucupan ditambah dalam suasana yang menyenangkan,ketika itulah kucupan yang dilakukan menjadi satu kucupan yang hebat dan terbaik.

Satu Tradisi Lama
-Satu catatan sejarah yang ditulis dalam bahasa Sanskrit menunjukkan bukti kucupan antara manusia ditemui buat pertama kali pada kira-kira 3,500 tahun lalu.Selain itu,aktiviti sama(berkucupan) dapat dilihat juga pada haiwan-haiwan.

Tetap Dianggap Tabu
-Walaupun kucupan adalah aktiviti yang memang diketahui dan dilakukan oleh kebanyakan orang,tetapi ternyata ada sesetengah orang menganggap ia perbuatan yang jengkel dan tidak menyenangkan.Menurut catatan seorang ahli Antropologi,Helen Fisher,ada beberapa suku kaum di Afrika Selatan yang menganggap kucupan itu menjijikkan.Malah menurutnya juga,ada sebilangan orang di Afrika Timur dan Amerika Selatan tidak mengenal apa itu kucupan.

Minat Berbeza Antara Lelaki Dan Wanita
-Ternyata ada perbezaan ketara antara lelaki dan wanita dalam soal kucupan.Kaum lelaki lebih suka menggunakan lidah dengan mulut terbuka dan basah ketika berkucupan.Tetapi kaum wanita tidak berapa gemar menggunakan lidah.Menurut pakar,lelaki suka menggunakan lidah saat berkucupan kerana ia mampu meningkatkan sejenis hormon testosteron yang berupaya membangkitkan dan menaikkan keghairahan.

Satu Alat Berkesan Mengeratkan Hubungan
-Kata pakar-pakar,ketika berkucupan tubuh mengeluarkan sejenis hormon iaitu oksitosin yang berupaya membuat dua orang yang berkucupan semakin intim dan saling menyintai.Jadi kucupan ternyata merupakan alat paling baik dan berkesan mengeratkan hubungan antara lelaki dan wanita yang berkasih-kasihan.

Mendatangkan Ketagihan
-Berkucupan dapat membuat mereka yang melakukannya ketagihan untuk sentiasa melakukan aktiviti tersebut terutama kepada mereka yang baru menjalinkan hubungan.Ini kerana,menurut pakar,saat seseorang mula jatuh cinta,hormon yang berupaya memberikan ketagihan,hormon dopamine iaitu sejenis hormon yang juga terhasil ketika kucupan menjadi terlalu banyak.Ini menyebabkan mereka yang baru bercinta melakukan kucupan akan sentiasa teringat-ingat dan ketagih untuk melakukannya lagi.


Apa pandangan anda semua?Menarik bukan?

Ulasan

  1. betul.. Saat kecupan pertama yg aku alami, membuatnya terusss ketagihan lagi dan lagi.....

    Thanks ya ..betul.. Saat kecupan pertama yg aku alami, membuatnya terusss ketagihan lagi dan lagi.....

    Thanks ya ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet