4 Keburukan Semulajadi Lelaki

Spices Of Heart/

4 Keburukan Semulajadi Lelaki|Jika anda wanita yang telah hidup bersama pasangan lelaki bertahun-tahun lama,pasti anda ada mengesani beberapa sikapnya yang kadangkala membosankan dan membuat anda merasa jengkel.

Walaupun berkali-kali berusaha menasihati agar si dia mengubahnya namun hanyalah sia-sia.

Memangnya sikap buruk seseorang lelaki itu agak fleksibel dan boleh dipupuk atau dididik.Tetapi antara banyak sikap buruk lelaki ada beberapa sikap yang sukar malah tidak dapat sama sekali diubah.Ianya bagaikan sikap buruk yang semulajadi dimiliki oleh kebanyakan lelaki.

Antara sikap-sikap buruk semulajadi lelaki ada 4 sikap yang memang mustahil untuk diubah iaitu..


1)Menjeling Wanita Lain
-Sikap yang satu ini memang kerap dilakukan oleh majoriti lelaki.Walaupun bersama dengan pasangan wanitanya,kebanyakan lelaki paling tidak pun akan menjeling jika ada wanita lain yang menarik perhatian.Misalnya ketika anda berdua ke pusat membeli belah,sedang anda sibuk melihat-lihat barang,jika tiba-tiba ada wanita cantik melintas didepan pastinya si dia akan mencuri peluang menatap wanita tersebut walaupun sekilas.Jika ini berlaku,harap janganlah anda merasa tertekan kerana hal ini merupakan sesuatu yang 'normal' bagi kebanyakan lelaki.Walau macamana pun anda cuba mengubahnya,namun sikap yang satu ini ibarat telah sebati dengan diri lelaki.

2)Membincangkan Kelemahan Anda Dirumah Dengan Orang Lain
-Walaupun lelaki tidaklah sehebat wanita dalam menjalankan tugas rumahtangga,tetapi lelaki biasanya suka meluahkan atau berbincang tentang ketidakpuasan hatinya terhadap kerja rumah yang dilakukan oleh pasangan wanita dengan kawan-kawan mahu pun tetangga.Ini mungkin agak tidak menyenangkan,tetapi usahlah risau kerana itu semua dah menjadi sikap semulajadi lelaki.Tetapi sebaliknya lelaki amat senang adanya pasangan wanita,melakukan tugas rumahtangga dan menjaga makan minumnya.

3)Fizikal Bersama Anda,Tetapi Hati Ditempat Lain
-Tentunya hal yang ini kerap dialami oleh wanita.Perhatikanlah ketika pasangan lelaki anda sedang menonton movie atau siaran bolasepak,si dia selalunya kurang memberikan respon pada apa yang anda bicarakan.Bila anda bertanya sesuatu pun dia akan menjawab acuh tak acuh saja.Bila ini berlaku,usahlah anda merasa sakit hati kerana ini kerap terjadi pada mana-mana pasangan yang hidup bersama.Sikap begini adalah sikap biasa kebanyakan lelaki.

4)Suka Melengah-lengahkan Kerja
-Sikap suka melengah-lengahkan kerja memang kerap dilakukan lelaki.Contohnya bila anda memintanya melakukan sesuatu seperti memotong rumput di halaman rumah si dia tidak akan terus melakukannya.Sebaliknya melakukan kerja yang kurang penting waktu tersebut seperti duduk berlama-lama membelek-belek akhbar hingga kadang-kadang kerja yang sepatutnya dilakukan tidak terlaksana.


Memangnya sikap-sikap buruk lelaki ini membuatkan wanita sering merasa jengkel,tetapi ia bukanlah bermakna lelaki sengaja mahu mengguris hati pasangannya.

Ianya hanyalah sikap semulajadi yang kadangkala dilakukan tanpa sedar dan tidak disengajakan.

Ulasan

  1. semoga saya tidak jd seperti yang di sebutkan di atas sob

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki