Sikap Bijak Saat Bertengkar

Spices Of Heart/

Sikap Bijak Saat Bertengkar|Bila terjadinya pertengkaran,banyak pasangan kekasih yang gagal mengawal emosi hingga pertengkaran kecil jadi berlanjutan dan masalah makin meruncing.Keadaan sebegini pasti akan memberi kesan buruk kepada hubungan asmara yang di bina.

Sebenarnya setiap pertengkaran yang terjadi tentu dapat diselesaikan andai masing-masing lebih bersikap rasional,matang dan bijak contohnya seperti beberapa sikap yang dipaparkan di bawah ini.



Fikir Sebelum Bercakap
-Sebelum bercakap meluahkan rasa tidak puas hati,pertanyaan,kritikan mahu pun tuduhan yang mungkin akan mengguris hati pasangan,sebaiknya fikirkan dulu sejenak.Tanyalah pada diri sendiri,apakah yang bakal anda katakan akan memberi kesan yang tidak baik?
Cara yang bijak untuk berhadapan dengan situasi yang sukar dan menekan ialah dengan bertenang seketika,fikirkan dulu kata-kata yang bakal dikeluarkan.Elakkan mengeluarkan kalimat yang dikategorikan kasar dan pilihlah kata-kata yang lebih halus.


Jaga Nada Suara
-Bila dalam keadaan marah dan emosi yang tidak stabil,nada percakapan selalunya akan berubah mengikut tahap kemarahan dan tekanan saat tersebut.Tambah-tambah lagi andai masing-masing tidak mahu mengalah,perdebatan pasti semakin memuncak hingga nada suara semakin mengeras dan meninggi.Ingatlah bila suara bernada menjerit dan menengking,lawan bercakap anda hanyalah mendengar kemarahan dan sisi kebencian,bukannya maksud sebenar yang ingin anda nyatakan.

Pastinya bukan mudah untuk mengelakkan bercakap dengan nada kasar bila bertengkar kerana ia secara umumnya sudah menjadi reaksi spontan bila seseorang dalam keadaan marah.Tetapi anda boleh cuba memperlahankan suara dengan cara berdiam diri sejenak,tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan agar lebih tenang.Bila agak tenang,tentu anda dapat bercakap mahu pun bertindak dengan lebih bijak dan rasional.


Jangan Campur Aduk Masalah
-Bila bertengkar kebanyakan orang seringkali mudah terbawa dengan emosi hingga kerapkali menimbulkan hal-hal yang diluar persoalan sebenar.Membangkit-bangkit masalah-masalah yang tidak berkaitan dan tidak patut dibicarakan saat itu akan membuatkan pertengkaran makin memuncak dan bertambah sukar untuk diselesaikan.Seharusnya,tariklah nafas dalam-dalam,diam sejenak,bertenang dan fokuskan hanya kepada masalah yang menjadi persoalan saat itu sahaja.


Akui Kesilapan
-Memang bukan mudah untuk seseorang mengakui kesilapan dan kesalahan sendiri.Tetapi jika pertengkaran terjadi memang berpunca dari anda,seeloknya akuilah dan jangan cuba berdebat untuk mencari kesalahan pasangan hanya kerana keegoan.Berani bertanggungjawab atas apa yang telah anda lakukan akan membuatkan pasangan lebih menghargai anda.Meminta maaf dan mengakui kebenaran di pihak si dia adalah cara ampuh dan bijak untuk mengakhiri pertengkaran.


Sekiranya kesemua sikap yang dinyatakan diatas dilakukan dan diamalkan tiap kali terjadinya pertengkaran dengan pasangan,kemungkinan besar ia mampu mengelakkan hubungan asmara dari berantakan.Apa yang penting,kedua-dua pihak perlu berfikir atau bertindak dengan rasional dan matang.

Sekian.Semoga akan ada manfaatnya buat semua.
Terimakasih.

Ulasan

  1. Sangat sukar mengambil sikap bijak saat bertengkar sob.. memang sukar sekali

    BalasPadam
  2. memang sukar sob,tapi kalau dah cinta pasti bisa..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki