Trik Nikmati Seks Di Bulan Puasa

Spices Of Heart

Trik Nikmati Seks Di Bulan Puasa-Bulan puasa adalah bulan dimana umat Islam menahan diri dari segala bentuk hawa nafsu.Selain menahan diri dari makan dan minum,kita juga harus menahan diri dari keinginan dan nafsu seksual selama bulan puasa.

Tetapi,bagi pasangan suami isteri,bulan puasa bukanlah halangan untuk melakukan hubungan seks.Jika ada keinginan,suami isteri boleh berhubungan seks asalkan tidak dilakukan di siang hari waktu berpuasa.

Sehubungan itu kali ini saya akan memberikan trik sederhana buat pasangan suami isteri tetap menjaga keintiman dan menikmati seks seadanya.

Berikut ini trik-triknya..


Atur Pemakanan
-Kekurangan tenaga waktu berpuasa hendaklah dikembalikan dengan mengatur pemakanan yang seimbang dan mengandungi nutrisi-nutrisi yang diperlukan tubuh.Minum banyak air putih dan makanlah makanan yang mengandungi karbohidrat,protein,lemak dan zat-zat serta vitamin waktu berbuka puasa agar tetap bertenaga untuk berhubungan seks.

Rehat Yang Cukup
-Waktu berpuasa,seboleh-bolehnya elakkan dari melakukan kerja-kerja berat dan membebankan.Dapatlah rehat yang cukup agar anda dan pasangan mampu bersemangat dan tetap berghairah ketika bersama.

Sesuaikan Waktu Melakukan Seks
-Jika pun selepas waktu berbuka puasa,keinginan anda dan pasangan datang,janganlah terus melakukan seks.Sebaik-baiknya biarkan makanan yang dimakan hadam sepenuhnya kerana seks dengan perut yang penuh boleh memudaratkan kesihatan.Lakukanlah seks minima 2 atau 3 jam selepas berbuka puasa dan seelok-eloknya selepas menunaikan sembahyang terawih.

Pilih Seks Kilat
-Menyedari kecergasan tubuh di bulan puasa tidak seperti biasa,pilihan terbaik ialah melakukan seks secara kilat tetapi biarlah ianya berkualiti dan tetap memberikan kepuasan.Ini kerana anda dan pasangan juga perlukan waktu rehat apatah lagi bagi isteri yang perlu menyediakan juadah untuk sahur.


Demikianlah,walaupun di bulan puasa,anda dan pasangan tidak seharusnya menahan diri dari berhubungan seks.Dengan mengatur pemakanan,mengatur waktu dan menjaga kesihatan tubuh,pastinya seks tetap dapat dinikmati seperti biasa.

Sekian.Semoga apa yang diberikan ini ada manfaatnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet