9 Kebaikan Kerap Lakukan Seks

Spices Of Heart/

9 Kebaikan Kerap Lakukan Seks|Umum mengetahui bahawa melakukan seks merupakan aktiviti yang memberikan keseronokan dan kenikmatan.Tetapi jarang yang memaklumi bahawa seks juga sebenar mendatangkan banyak kebaikan kepada mereka yang melakukannya.

Pasangan yang melakukan seks dengan kerap bukan saja mampu menambah eratkan hubungan yang terjalin,tetapi juga mendapat beberapa kebaikan seperti 9 kebaikan seks yang disenaraikan di bawah..


1)Meningkatkan Daya Tahan Penyakit
-Melakukan seks mampu meningkatkan tahap antibodi tubuh yang dikenali sebagai Immunoglobulin A (IgA) yang membuatkan tubuh lebih kuat melawan penyakit seperti demam dan selsema.

2)Memperbaiki Kesihatan Kardiovaskular
-Beberapa kajian menunjukkan,mereka yang melakukan seks lebih dari dua kali seminggu memiliki tahap risiko yang rendah mendapat serangan jantung dibandingkan dengan mereka yang melakukan seks kurang daripada sekali sebulan.

3)Panjang Umur
-Waktu seks,bila tercapainya orgasme,sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon Dehydroepiandrosterone dikeluarkan.Ini akan meningkatkan imuniti badan,memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan membuatkan kulit kekal sihat.Mereka yang mengalami sekurang-kurangnya dua kali orgasme dalam seminggu,hidup lebih lama dari mereka yang hanya melakukan seks sekali dalam beberapa minggu.

4)Meredakan Stres
-Penelitian mengungkapkan bahawa mereka yang kerap melakukan seks mampu mengawal emosi dan mengatasi stres dengan baik serta menjadi orang yang hidup lebih memiliki mood baik dan gembira.

5)Melegakan Kesakitan
-Waktu melakukan seks,saat hampir kepada orgasme,tahap hormon Oxytocin yang juga dikenali sebagai 'Love Hormone' meningkat sebanyak 5 kali ganda.Hormon Endorphin juga meningkat dimana ia sebenarnya mengurangkan kesakitan dan lenguh-lenguh badan.

6)Peredaran Darah Lebih Baik
-Oleh kerana denyutan jantung meningkat semasa melakukan seks,peredaran darah menjadi lancar dimana darah segar dibekalkan kepada organ-organ dan sel-sel menggantikan darah yang telah digunakan.Juga akan menyingkirkan toxin dan bahan-bahan lain yang menyebabkan tubuh merasa keletihan.

7)Meningkatkan Kecergasan Keseluruhan Badan
-Seks yang kerap boleh menyamai dengan apa yang diberikan oleh senaman di gim atau pun olahraga.Setengah jam melakukan aktiviti seks boleh membakar lebih daripada 80% kalori.Ini pastinya akan memberikan lebih kecergasan dan juga menjaga bentuk badan seseorang dengan lebih baik.

8)Meningkatkan Tahap Hormon Estrogen Dan Testosterone
-Bagi wanita hormon Estrogen melindungi daripada serangan penyakit jantung dan juga menentukan aroma tubuh wanita.Sementara bagi lelaki hormon Testosterone membantu memperbaiki kekuatan otot dan tulang,mengekalkan kesihatan jantung serta menyeimbangkan kadar kolesterol.Ini akan membuatkan lelaki lebih bersemangat dan merasa hebat di ranjang.

9)Tidur Lebih Baik
-Tidur yang didapatkan selepas melakukan seks adalah tidur yang nyenyak dan menyenangkan.Mendapatkan tidur yang baik akan membuatkan seseorang merasa lebih aktif dan sihat secara keseluruhannya.


Jika dilihat kepada kebaikan-kebaikan seks diatas,seharusnya tiada alasan lagi untuk anda tidak melakukan seks dengan pasangan.

Disamping kebaikan-kebaikan yang diberikan,seks dengan lebih kerap tentunya akan membuatkan hubungan anda dan pasangan lebih intim,kukuh,harmoni dan lebih membahagiakan.

Ulasan

  1. setuju tu.. buat dengan pasangan HALAL je ye..

    BalasPadam
  2. jangan buat dengan yang bukan muhrim ye... nak buat..buatlah dengan halal bagimu......

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet