Kenali Bahasa Tubuh Lelaki

Spices Of Heart/
Imej:bddemir-Flickr



Kenali Bahasa Tubuh Lelaki|Lelaki walaupun pandai melafazkan dan mengutarakan kata-kata manis,namun dalam soal hati dan perasaan,mereka sebenarnya lebih banyak menggunakan bahasa tubuh sebagai medium penyampai kata hati dan ketertarikan mereka terhadap wanita.

Jika anda sukar mengerti apa sebenarnya yang dirasakan lelaki terhadap diri anda,jom kenali makna bahasa tubuhnya.Jika si dia melakukan gerakan-gerakan berikut,ternyata si dia memang menyukai anda.

Dia memiliki tatapan mata
yang baik

Dengan melihat tatapan mata si dia merupakan salah satu cara paling mudah untuk menilai samada dia tertarik pada anda atau tidak.Jika matanya menunjukkan keramahan,mesra dan menggambarkan ketulusan,ertinya
si dia merasa senang bersama anda dan anda dapat bergaul selesa dengannya.

Dia berdiri dengan kakinya agak terpisah
Berdiri dengan meletakkan kaki sedikit terpisah membuatkan lelaki merasakan diri mereka lebih hebat,yakin dan menarik.Jadi,bila si dia berdiri dengan kaki yang agak
terpisah di depan anda,bererti si dia sedang cuba menarik perhatian anda.

Dia menyisir rambutnya dengan jari
Bukan wanita sahaja yang menggunakan gerakan bermain-main,memintal atau menyisir rambut untuk menyatakan sesuatu kepada lawan bicaranya.Bila si dia menyisir rambutnya
menggunakan jari-jarinya terutama hujung rambut di belakang telinga,itu tandanya si dia tertarik pada anda.

Dia senyum lebar
Jika si dia tersenyum
lebar pada anda,malah hingga
menunjukkan garis tawa,
ertinya dia
memiliki ketertarikan pada anda dan merasa gembira anda ada disisinya.

Dia menyentuh lembut
wajah,pipi atau bibirnya

Kadang-kadang lelaki seringkali
melakukan gerakan ini untuk menunjukkan daya tarik mereka di
depan wanita.Sebahagian lelaki mengertikannya sebagai cara yang
seksi untuk membayangkan betapa hebatnya dia saat mencium
bibir
anda.Jika si dia melakukan hal ini ketika berbicara dengan anda,ternyata si dia mahu anda mengerti hasrat hatinya terhadap anda.

Dia mendekat ke arah anda dan cuba agar dapat bersentuhan
Kita semua tentunya memiliki jarak
peribadi bila dekat dengan
orang lain.Namun, seringkali
hal ini diabaikan saat kita
berdekatan dengan orang yang
kita suka.Jadi,jika ketika bersama anda dan berbual-bual,si dia berusaha mendekat ke arah anda,ingin berada serapat mungkin,ertinya dia ingin menunjukkan
keprihatinan dan perhatiannya terhadap apa yang
anda katakan.

Dia menyentuh anda
Seorang lelaki yang menyukai seseorang wanita akan cuba menyentuh lengan atau
bahu wanita
untuk menunjukkan hasrat dan keinginannya.Dalam waktu sama, dia cuba
menguji untuk melihat tindak balas anda.Jika si dia menyentuh bahu anda,cubalah berikan balasan dengan menyentuh pinggang
atau bahunya.Anda juga boleh
mencuba memegang tangan
atau menyentuh sikunya untuk
mengetahui tindak balas sebaliknya dari si dia.

Dia menggulung/melipat lengan
kemeja atau membuka butang kemejanya

Bila ini dilakukan olehnya,bererti dia memang merasakan
aman,senang dan selesa dengan anda, atau pun si dia
ingin menggambarkan bahawa dia berusaha meluangkan sebanyak mungkin waktu untuk berada bersama-sama
anda.

Ulasan

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet