Tips Menulis Puisi Buat Kekasih

Spices Of Heart/

Tips Menulis Puisi Buat Kekasih|Terdapat banyak cara untuk menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang.Antaranya seperti menghadiahkan pemberian yang dia sukai,makan malam berdua,dan sebagainya.

Antara banyak-banyak cara yang ada,salah satu yang terbaik dan amat berkesan ialah dengan menyatakan rasa cinta melalui puisi.

Sifat puisi yang lembut dan berseni,apalagi jika ianya romantis dan datang
dari hati cukup sesuai dengan perasaan cinta yang indah. Menulis puisi
romantis
untuk kekasih
menunjukkan usaha serta
keberanian anda menyerahkan jiwa raga
anda kepadanya.

Jadi,jika anda sedang tercari-cari cara terbaik menyatakan betapa mendalamnya cinta anda pada kekasih,maka puisikanlah apa yang anda rasakan.Tulislah puisi yang romantis buat si dia.
Capailah sebatang pen dan kertas,dan ikut tips yang diberikan dibawah.


1.Sebelum bermula,fikirlah tentang dia tanpa apa-apa gambaran lain di benak anda.Hanya dia.Ingat waktu-waktu anda dan dia bersama.Fikir apa
yang dia suka?Apa yang dia
suka tentang diri anda?Masukkanlah sentimen ini ke
dalam puisi.

2.Anda kenal dirinya.Anda tentu tahu bagaimana suasana hatinya.Keadaan bagaimanakah yang mudah menyentuh emosinya.Adakah sesuatu yang biasa atau natural,atau mungkin sesuatu yang lebih bersifat halus dan kejiwaan? Gunakan pemahaman anda untuk menentukan nada puisi yang akan anda tulis.Cara paling mudah,ingatlah baik-baik muzik yang sering menjadi halwa telinganya.Dari itu anda tentu dapat menentukan ayat yang bersifat apakah yang akan anda gunakan.Samada ayat-ayat biasa,atau ayat yang bersifat sedikit humor atau pun ayat-ayat dan kata-kata yang bersifat puitis.

3.Pilih bentuk puisi anda.
Bergantung kepada bagaimana
pengertian anda dengan sifat kekasih anda.Apakah yang mungkin membuat dia mudah tertarik.Adakah dengan
pendekatan yang lebih formal dan detail?Adakah dengan soneta dan rangkap kata yang pendek?Atau,adakah dengan bentuk seumpama puisi-puisi yang klasik?

4.Pra-menulis puisi.Buat draf secara kasar diatas kertas.Tulislah perkara yang anda mahu katakan kepada kekasih anda,
bagaimana anda rasakan
tentang dia,apa yang anda
mahu dia tahu tentang perasaan anda.Jangan membuat kesilapan
dengan menulis sesuatu yang tidak berkaitan dengan perasaan anda padanya.

5.Mulalah menulis
puisi anda.Bermain-mainlah
dengan perkataan dan
menjadikannya sebagai aliran perasaan anda padanya berdasarkan draf yang anda tulis.Dan ingat,masukkan tiap elemen seperti apa yang anda telah nyatakan pada draf anda.Tulislah disertai dengan kejujuran dan keikhlasan dari hati anda.Usah cuba meniru kata-kata atau gaya bahasa puisi orang lain yang mungkin pernah anda baca.Jika itu apa yang anda ingin nyatakan padanya,tulislah walaupun ia sekadar ayat-ayat yang biasa dan sederhana.Ingatlah,puisi akan jadi puitis dan indah jika yang membacanya mudah menghayati apa yang disampaikan.

6.Fikirkan bagaimana anda ingin persembahkan puisi anda kepadanya.Jadilah kreatif.Jadilah lebih romantis.Jangan menulis semberono seperti tulisan cakar ayam atau dikertas biasa (misalnya kertas buku tulis).Gunalah kertas yang baik,cantik dan tahan lama.Atau tulislah pada sekeping kad ucapan.Tulislah dengan tulisan yang jelas dan senang dibaca.

7.Sampaikan puisi
anda pada kekasih.Buatlah sedikit kejutan pada si dia.Serahkan puisi anda pada hari yang istimewa misalnya pada hari lahirnya atau hari ulang tahun perkenalan anda berdua.Untuk lebih memberikan kejutan,anda boleh poskan ke alamat kediamannya.Biarkan si dia tersenyum bahagia apabila membuka sampul surat dan melihat puisi anda yang romantis ada didalamnya.


Jadi,tunggu apa lagi?Tulislah puisi romantis anda.Biarkan bait-bait puisi menyatakan rasa cinta anda pada kekasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet