Gelorakan Ghairah Seksual Cara Sihat
Gelorakan Ghairah Seksual Cara Sihat-Pada zaman yang serba maju serba pantas ini,kehidupan yang dilalui membuatkan kita sentiasa sibuk.Setiap hari dipenuhi dengan tugas-tugas dan urusan yang memenatkan,mendesak dan kadangkala memberikan tekanan.
Keadaan ini juga banyak dialami oleh pasangan suami isteri hingga menganggu kehidupan seksual yang seharusnya berjalan lancar demi hubungan yang harmoni dan berkekalan.Ketiadaan mood,penurunan keinginan dan ghairah yang sukar dibangkitkan menjadi masalah yang sering melanda.
Untuk mengatasi masalah ini,ada beberapa cara sihat yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri agar ghairah seksual tetap bergelora menuju keintiman antara satu sama lain.
Berikut ini cara-cara yang diyakini amat berkesan dan baik untuk diamalkan..
Amalkan Pemakanan Sihat
-Aturan pemakanan yang baik secara umumnya akan menentukan kesihatan tubuh.Makanlah makanan yang memiliki zat-zat dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh.Mengamalkan mengambil makanan rendah lemak akan mengelakkan terjadinya penyempitan pembuluh darah/arteri termasuk yang mengarah ke bahagian organ seks dimana penyempitan pada pembuluh darah/arteri biasanya menunjang kepada masalah impoten bagi lelaki.Kebiasaan makan dengan pola pemakanan yang tidak teratur boleh menyebabkan obesiti dimana ianya akan mempengaruhi potensi seksual.Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Kesihatan Seksual California,Michael Krychman,obesiti akan menyebabkan gangguan pada keseimbangan hormon yang berkaitan dengan seksualiti iaitu hormon Estrogen dan Testosterone.
Kadar Testosterone yang rendah dan kekurangan zat besi juga akan memberi kesan kepada tahap ghairah seks seseorang.
Selalu Berolahraga/Bersenam
-Para pakar memang selalu menasihatkan bahawa olahraga/senaman mampu menunjang kepada seks yang bertenaga.Ini kerana,dengan sentiasa berolahraga/bersenam peredaran darah kita akan berjalan lancar termasuklah juga yang mengarah kepada organ seks.Bila peredaran darah lancar,organ seks pastinya juga akan bertenaga dan dapat berfungsi dengan sempurna.Selain itu,olahraga/senaman juga akan melenturkan otot-otot tubuh dan seterusnya menunjang kepada pengeluaran dan peningkatan hormon Endorphin yang baik untuk kesihatan hati dan meningkatkan tenaga.
Urus Stres
-Stres boleh membunuh aktiviti kehidupan seseorang termasuklah dalam hubungan seks.Kebanyakan orang gagal menguruskan stres dengan baik hingga menyebabkan keintiman dengan pasangan semakin pudar.Sekali-sekala berilah hiburan pada diri sendiri dan bersenang-senang tanpa memikirkan tugas dan tekanan pekerjaan.Berhibur dan memberi ketenangan pada diri sendiri secara tak langsung mampu mengurangkan stres yang tentunya baik untuk kehidupan harian dan keintiman seksual anda dan pasangan.
Demikianlah,dengan mengubah sedikit jadual harian,melakukan olahraga/senaman,meluangkan sedikit masa berhibur dan mengamalkan pemakanan yang sihat akan memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan seksual.Semoga apa yang dipaparkan kali ini banyak manfaatnya buat semua.
Terimakasih.
Ulasan
Catat Ulasan
Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.