Tiada Mood Untuk Seks? Ini Triknya!

Spices Of Heart

Tiada Mood Untuk Seks? Ini Triknya!-Kepenatan menguruskan dan menyelesaikan tugas seharian seringkali mempengaruhi kehidupan seks pasangan suami isteri.Di tambah lagi dengan tekanan-tekanan dan masalah-masalah misalnya masalah keluarga,kewangan dan sebagainya membuatkan mood untuk seks kian pudar.Keadaan ini seterusnya memberi kesan buruk kepada keintiman dan kemesraan hubungan antara satu sama lain.

Kepada pasangan suami isteri yang menghadapi situasi sebegini-sering stres dan tertekan hingga tiada mood untuk seks.Cubalah ikut beberapa trik mudah berikut..


Romantikkan Suasana Kamar Tidur
-Kamar tidur menjadi tempat terbaik untuk berehat selepas penat menyelesaikan tugas dan kerja harian.Jadi pastikan kamar tidur anda sentiasa kemas dan rapi tanpa longgokan pakaian kotor atau barangan yang tidak tersusun.Biarkan cahaya kamar tidur agak redup dan suhunya menyamankan.Berehatlah sambil putarkanlah lagu-lagu yang mampu memberikan ketenangan.Dengan suasana aman dan selesa,pastinya anda dan pasangan akan lebih terdorong berbual-bual,bermesra dan seterusnya dapat terbangkit ghairah untuk sesuatu yang lebih intim.

Hindarkan Gangguan
-Waktu bersama pasangan,ada baiknya anda hindarkan seketika telefon bimbit atau pun gadget-gadget lain.Fokuskanlah masa sedikit yang berharga untuk saling berbicara dan memberikan sentuhan-sentuhan ringan antara satu sama lain.

Redakan Stres
-Usahakan agar anda dan pasangan dapat saling meredakan stres seperti saling memberikan urutan,mandi air hangat berdua atau pun bersiar-siar menghirup udara malam yang segar di luar rumah.Perasaan dan fikiran yang tenang sebelum naik ke ranjang amat penting agar anda berdua dapat tumpukan perhatian pada momen-momen intim bersama.

Inisiatif Menggoda
-Salah seorang samada suami atau isteri ambillah langkah untuk menggoda dan membangunkan keinginan pasangan.Misalnya,si isteri boleh mengenakan lingerie yang seksi dan beraksi manja ketika bersama-sama dikamar tidur.Berusahalah mendatangkan suasana yang mampu membangkitkan ghairah anda berdua ke arah pengalaman seks yang baru yang pastinya dapat dikecapi dan dinikmati bersama.


Apa yang perlu di ingat,janganlah anggap seks anda dan pasangan sebagai sesuatu yang membebankan.Sebaliknya biarlah ia menjadi rencah-rencah indah yang memang sentiasa memberikan sinar-sinar bahagia dalam hidup anda berdua.

Sekian.Semoga apa yang diberikan kali ini ada manfaatnya.Sila baca juga tips-tips dalam artikel sebelum ini disini.
Terimakasih.

Ulasan

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki