Tips Mencari Lelaki Baik

Spices Of Heart/

Tips Mencari Lelaki Baik|Anda wanita yang mengidamkan memiliki lelaki baik untuk dijadikan teman hidup?

Sebenarnya mencari lelaki yang baik bukanlah perkara yang mudah.Tetapi anda boleh mengenali lelaki yang baik melalui beberapa ciri yang ada pada dirinya.

Antara ciri-ciri lelaki yang baik adalah seperti berikut..

-Seorang lelaki yang baik sedia mengambil berat,memberi perhatian,menghormati,memahami dan menghargai wanita yang berada di sisinya.

-Seorang lelaki yang baik memiliki nilai sensitif yang tinggi.Bila wanita yang menjadi pasangannya menghadapi masalah atau pun dalam kesedihan,dia mudah memahami dan tahu cara terbaik menenangkan pasangannya.

-Seorang lelaki yang baik tidak mengambil kesempatan diatas kelemahan atau pun kelembutan sikap wanita.Malah dia lebih bertindak sebagai pelindung menjaga dan melindungi wanita dari sebarang bahaya mahu pun perkara-perkara yang negatif.

-Seorang lelaki yang baik adalah lelaki yang teguh kepercayaan diri.Dia bukan lelaki yang suka berpura-pura hanya untuk menarik perhatian wanita.Sikapnya santai tetapi sentiasa berkeyakinan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

-Seorang lelaki yang baik tidak mudah goyah dengan cabaran,dugaan dan masalah yang menimpa dalam hidupnya.Dia tetap tenang dan suka hidup secara aman disamping sentiasa berusaha memperbaiki hidupnya kepada yang lebih baik.

-Seorang lelaki yang baik memiliki sifat pengasih dan penyayang dengan nilai-nilai yang baik.Dia pasti tidak mengasari wanita pasangannya baik dari segi fizikal mahu pun emosional.


Sekian.Semoga bermanfaat.
Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet