4 Trik Agar Wanita Rasa Dicintai

Spices Of Heart

4 Trik Agar Wanita Rasa Dicintai-Kaum wanita sesuai dengan sifat kelembutan mereka memiliki jiwa dan perasaan hati yang sensitif.Wanita selalunya mudah tersentuh dan terkesan dengan sebarang tindakan bersifat emosional tak kiralah samada ianya tindakan besar mahu pun kecil.

Kaum lelaki seharusnya menyedari hal ini dan melayan wanita sesuai dengan lumrah diri mereka.Namun,masih ramai lelaki yang seolah tidak tahu dan tidak mahu mengatasi keegoan diri dan melayan wanita selayaknya agar mereka rasa lebih dihargai,disayangi dan dicintai.

Sebenarnya tidak sukar untuk membuat wanita rasa dihargai dan dicintai.Walaupun ianya sekadar tindakan yang dianggap remeh,tetapi sudah cukup membuat wanita kembang mekar hatinya seperti apa yang diterangkan melalui 4 trik agar wanita rasa dicintai dibawah;


1)Ucapan 'Aku Cinta Pada Mu'
-Memang dengan tindakan romantik dan sentimental boleh menyatakan rasa cinta dan kasih sayang pada seseorang.Tetapi wanita juga kadangkala perlukan pernyataan yang jelas untuk memberi keyakinan bahawa dirinya memang disayangi.Ucapan 'aku cinta pada mu' ibarat kuasa ajaib yang mampu membuat wanita luluh hatinya dan rasa istimewa.Apalagi jika ianya diucapkan pada waktu-waktu yang tidak diduga.

2)Pelukan Dan Ciuman
-Wanita akan rasa tenang dan aman bila dipeluk oleh kekasihnya.Seolah-olah dirinya terasa dijaga dan dicintai sepenuhnya terutama jika pelukan itu dilakukan pada saat-saat yang tidak disangka.Misalnya pelukan spontan dari belakang sambil memberikan ciuman ringan ditengkuk atau pipinya.

3)Perhatian
-Sekuat dan setabah mana pun seseorang wanita itu,adakalanya dia juga perlukan sokongan dan semangat dari lelaki yang disayanginya.Perhatian-perhatian kecil misalnya seperti pertanyaan-'dah makan belum? atau 'ada masalah tak kerja hari ni?,setelah si dia seharian penat menguruskan tugas di pejabat pasti membuat wanita merasa tenang dan rasa di ambil berat.

4)Hadiah Bersifat Emosional
-Hadiah yang bersifat emosional bukanlah semestinya hadiah berupa barang-barang yang mahal.Menghadiahkan wanita dengan ikhlas seperti memberikan si dia sejambak bunga kegemarannya atau pun novel,cd,vcd yang disukai pastinya membuat si dia merasa special dan dihargai.Tambah-tambah lagi jika pemberian tersebut disertai dengan nota berupa kata-kata manis dan pada hari-hari istimewa seperti hari lahirnya dan lain-lain.


Sememangnya sebagai lelaki yang memiliki wanita yang disayangi sebagai kekasih hati,maka perlulah kita melayan dan menghargai si dia sebaik-baiknya.Biarlah si dia merasa dicintai sepenuhnya lalu secara tak langsung diri kita juga tentu akan lebih dicintai olehnya.

Sekian.Semoga tulisan sederhana ini ada manfaatnya.
Terimakasih.

Ulasan

  1. Salam. Erkk .. ini blog utama ke ehh? Apapun, blog yang ini punyai suasana yang selesa utk dibaca. cuma susun atur widget kat bawah blog je .. yang lain ... bagi saya; ok je.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki