5 Karakter Lelaki Matang

Spices Of Heart/

5 Karakter Lelaki Matang-Kematangan seseorang lelaki sebenarnya bukan diukur dari usia,tetapi dari kukuhnya akal fikiran juga emosi menanggapi dan menghadapi persoalan-persoalan hidup yang dilalui.

Lelaki yang matang mudah dikenali dari karakter atau sikap yang dimilikinya seperti apa yang disenaraikan dibawah.

~5 Karakter Lelaki Matang~


1)Yakin Mengambil Dan Membuat Keputusan
-Tentu anda pernah mengenali atau melihat lelaki yang mudah kelam kabut,tertekan dan sering ragu dalam segala hal yang dihadapi.Lelaki sebegini ternyata memiliki sikap yang kebudak-budakan dan selalu mengharapkan bantuan orang lain menyelesaikan masalah yang dialaminya.Berbeza dengan lelaki yang telah matang,dia biasanya tidak sukar untuk bertindak dan mengambil apa saja keputusan dalam hal yang dihadapi.Misalnya dalam soal percintaan,dia sentiasa yakin dan pasti apa yang dimahukan dan siapa yang ingin dijadikan teman hidupnya.Dia sentiasa bersedia untuk memberikan komitmen dan tidak sedikit pun rasa tertekan dengan pilihan yang telah dibuat.

2)Berani Bertanggungjawab
-Lelaki yang kebudak-budakan biasanya suka mengeluh,sukar membezakan baik buruk dan cenderung menyalahkan orang lain atas kesilapan diri dan hal yang terjadi dalam hidupnya.Manakala lelaki matang sedia menerima samada hal baik mahu pun buruk dengan tenang dan tidak beremosi tak tentu hala.Dia sedia mengakui salah dan silap dirinya dan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada agar menjadi lebih baik.

3)Hidup Bermatlamat
-Lelaki yang matang bukanlah jenis lelaki yang hanya mahu bersenang-senang dan berfoya-foya saja dalam hidupnya kerana sifat ini sebenar sifat yang kebudak-budakan.Lelaki matang tahu apa yang diperlukan dalam hidupnya.Oleh itu dia tidak lalai untuk berusaha menjayakan keinginan dan cita-cita diri samada dalam karier,cinta,keluarga dan lain-lain.

4)Bergaul Baik Dengan Orang Lain
-Lelaki yang matang biasanya tahu bergaul baik dengan orang lain samada dalam lingkungan usianya atau pun tidak.Dia memiliki teman-teman dan sahabat yang rapat dan hubungan dengan ahli keluarga serta masyarakat sekelilingnya juga terjaga.Ini kerana dia seorang yang tidak suka mementingkan diri dan bijak menyesuaikan dirinya dengan keadaan dan cara hidup sesuatu tempat.Berbeza dengan lelaki kebudak-budakan yang selalunya tidak tahu menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling dan hanya mahu bergaul dengan kawan-kawan yang sependapat,sealiran dan dalam lingkungannya saja.

5)Bijak Ekspresikan Diri
-Lelaki yang matang mampu menyatakan pendapat dan fikirannya dengan jelas.Dia juga seorang yang yakin dalam mengungkapkan segala perasaan dan keinginan hatinya apa yang dimahukan dan apa yang tidak tanpa emosi yang tak terkawal.Sementara lelaki yang kebudak-budakan pula biasanya sukar mengekspresikan keinginan sendiri,selalu memendam perasaan,mudah rasa kesal dan menyesal andai hal yang terjadi tidak menepati kata hatinya.Dia juga seorang yang beremosi dan biasa bertindak tanpa wajar.


Sememangnya terdapat perbezaan yang ketara jika dibandingkan lelaki matang dengan lelaki yang bersifat masih kebudak-budakan.Di lihat dari karakter yang dimiliki,lelaki matang ternyata seorang lelaki yang mampu mengelola dan menjaga diri sendiri dengan kawalan fikiran dan emosi yang baik.

Sekian.Semoga tulisan ini bermanfaat.
Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet